Khir Toyo Cuba Rasuah Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam RM10 Juta Keluar PKR?

SHAH ALAM – Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam menafikan bahawa beliau pernah meminta RM10 juta daripada bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo pada 2008 untuk keluar PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas, seperti dakwaan sebuah blog, semalam.

Sebaliknya, Manikavasagam mendakwa, beliau yang sebenarnya dipelawa oleh bekas Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (Dun) itu secara gurauan di sebuah hotel, di sini, hujung 2008.

“Memang saya akui ada bertemu dengannya (Dr Khir), tetapi secara kebetulan. Ketika itu, saya mempunyai urusan di Jabatan Siasatan Jenayah Komersil di bangunan bersebelahan hotel berkenaan. Saya kebetulan berjumpa dengan Dr Khir ketika minum kopi bersama rakan di situ.

“Beliau tawar saya (wang) untuk keluar parti, tetapi secara bergurau sebab masa itu isu (penyelewengan) p

Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam

asir sedang hangat diperkatakan. Bukan saya yang minta. Ramai yang ingat saya akan keluar PKR masa itu,” katanya kepada Sinar Harian ketika diminta mengulas dakwaan sebuah blog yang mendakwanya memerlukan RM10 juta untuk keluar PKR.

Dalam pada itu, Manikavasagam yang juga Naib Ketua Cabang PKR Kapar turut menafikan dakwaan yang menyatakan beliau ada bertemu dengan Dr Khir beberapa hari sebelum perjumpaan di hotel berkenan.“Seingat saya, saya tidak pernah berjumpanya (Khir) sebelum pertemuan itu,” katanya.

Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan terhadap penulis blog berkenaan, Manikavasagam berkata, beliau tidak akan berbuat demikian kerana menyifatkan isu itu sudah lama dan hanya membuang masa.

Manikavasagam mengingatkan pihak terlibat supaya tidakmembuang masa ‘membelinya’ kerana beliau akan terus setia bersama PKR.

sinar harian

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s