Anak Raja Nong Chik Diberi Kontrek Bernilai RM30.8 Juta Oleh Kem Belia Dan Sukan!

Syarikat milik Raja Farhana Raja Nong Chik, anak kepada Dato’ Raja Nong Chik Bin Dato’ Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar diberikan kontrek memasang dan penyelenggaraan bernilai rm30.8 juta oleh Kementerian Belia Dan Sukan. (sila lihat dokumen dibawah)

Syarikat tersebut adalah Istijuara Sdn Bhd dimana Raja Farhana memiliki 399,999 dari sejumlah 400,000 saham.  Syarikat ini ditubuhkan 20 tahun dahulu semasa Raja Farhana masih bersekolah didarjah satu.

Ini menunjukkan bahawa Raja Nong Chiklah yang selama ini menguruskan syarikat tersebut.

Syarikat Istijuara Sdn Bhd juga dikatakan menanggung beban hutang sebanyak rm400,000 dan dipercayai dengan kontrek  bernilai rm30.8 juta ini, syarikat milik anak Raja Nong Chik dapat menyelesaikan semua hutang-hutangnya.

Dari dulu lagi Raja Nong Chik adalah seorang kontraktor kerajaan yang sangat berjaya dan apabila beliau dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan maka terbuka luaslah peluang bagi beliau mengembangkan karier beliau sebagai kontraktor kerajaan!

Raja Nong juga sebelum ini pernah diberi rm1.5 bilion oleh Najib bagi membantu penduduk yang gagal mendapat pinjaman bank bagi membeli rumah dan dikatakan bantuan ini telah pun ditawarkan kepada penduduk di Lembah Pantai.

Raja Nong Chik dikatakan berminat bertanding sebagai calon Barisan Nasional di Parlimen Lembah Pantai pada Pililihanraya Umum ke13 akan datang.

Setelah seorang menteri yang salahguna wang rakyat rm250 juta dalam skandal NFC bertanding dan kecundang di Parlimen Lembah Pantai  pada PRU ke12 , kini seorang lagi menteri yang memang sudah terkenal dengan salahguna kuasa dan duit rakyat dijangka akan mewakili UMNO/BN.

Apakah calon jenis ini yang dimahukan pengundi di Lembah Pantai bagi mewakili mereka?

maklumat lanjut klik disni

Share

Advertisements

One thought on “Anak Raja Nong Chik Diberi Kontrek Bernilai RM30.8 Juta Oleh Kem Belia Dan Sukan!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s