Najib Habiskan Jutaan Wang Rakyat Anjur Program UMNO/BN Di 02 ARENA, London!

Najib akan menganjurkan program bersama rakyat Malaysia dengan menyewa 02 Arena yang juga dikenali sebagai The Dome di London yang dikatakan sebuah arena yang mewah dan mahal dimana konsert2 besar penyanyi tersohor seperti Michael Jackson pernah diadakan.

Jutaan RM rakyat Malaysia dipercayai akan dibelanjakan bagi menganjurkan program ini tidak termasuk duit yang akan ‘digasak’ pihak penganjur dan pemimpin umno seperti biasa!

Program ini dipercayai dianjur umno/bn bagi melunakkan penentangan rakyat Malaysia yang berada di UK terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.  Program ini dianjurkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di London.

UMNO/BN telah melihat perhimpunan besar yang diadakan di kota London bagi menyokong Bersih 3.0 yang mahu pilihanraya yang bebas dan telus di Malaysia.

Difahamkan juga sms dan e-mail dihantar kepada pelajar2 dan seluruh rakyat Malaysia yang berada di UK oleh Kedutaan Malaysia supaya mereka menghadirkan diri diprogram tersebut yang akan diadakan selepas sehari program sambutan 66 tahun UMNO di Bukit Jalil.

Penganjur juga disebut akan menyediakan makanan dan minuman serta akan diadakan aktiviti kebudayaan.

Penganjur juga dikatakan akan menyediakan pengangkutan serta duit belanja bagi seluruh kehadiran yang akan menghadiri majlis tersebut.

Najib selain memberi ucapan  dimajlis tersebut akan bersama2 dengan Rosmah akan beramah mesra dengan hadirin dan kita percaya kempen politik UMNO/BN juga akan dijaja pada majlis tersebut dengan mengunakan duit rakyat!

Sarawak Report menjangkakan kemungkinan suatu perhimpunan membantah kehadiran Perdana Menteri Malaysia akan di adakan dihadapan 02 Arena semasa majlis diatas dilangsungkan.

sedutan dari sarawakreport.org

Share

Advertisements

One thought on “Najib Habiskan Jutaan Wang Rakyat Anjur Program UMNO/BN Di 02 ARENA, London!

  1. ‘Jutaan RM rakyat Malaysia dipercayai akan dibelanjakan bagi menganjurkan program ini tidak termasuk duit yang akan ‘digasak’ pihak penganjur dan pemimpin umno seperti biasa!” – TERBAIK!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s