Skandal Scorpene – Bukti Najib Minta RM3 Bilion Dari DCNI Sebagai Syarat Adakan Rundingan?

KUALA LUMPUR 3 Mei: Suara Rakyat Malaysia (Suaram) mendedahkan kenyataan pendakwa Perancis bahawa Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak mendapatkan bagi pihak Perimekar sejumlah USD 1 bilion (RM3 bilion) daripada syarikat pembuat kapal Perancis DCNI.

Dokumen tersebut ialah kiriman faks dalam Bahasa Inggeris yang dihantar Francois Dupont bertarikh 1 Jun 2001 sebagai syarat bagi mengadakan satu pertemuan dengan Najib pada 14 Julai 2001 kepada kepada D Arnaud.

Menurut kenyataan Suaram, dokumen yang ditandakan nombor 87 dari keseluruhan 153 dokumen itu disita polis Perancis dari pejabat Henri Gide (Thales) pada 28 Mei 2010.

Dokumen itu turut memperinci kronologi lawatan dan tindakan yang bakal diambil Dupont sepanjang lawatannya ke Malaysia, dimana beberapa rancangan antaranya pertemuan dengan Menteri Pertahanan ketika itu.

keadilandaily

Pendakwa awam Perancis yang menyiasat urusniaga pembelian senjata Perancis-Malaysia mendakwa menemui bukti bahawa menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Razak meminta AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk syarikat tempatan Perimekar daripada DCNI – anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN.

Menurut kertas pendakwaan yang didedahkan oleh NGO Suaram hari ini, terdapat satu faks menunjukkan bahawa Najib didakwa meminta jumlah itu untuk Perimekar sebagai syarat bagi mengadakan pertemuan dengan beliau pada 14 Julai 2001.

Faks bertarikh 1 Jun 2001 dari Francois Dupont, wakil Malaysia untuk syarikat swasta Thales Asia International, kepada D Arnaud.

Dokumen itu, satu daripada 153 yang ditunjukkan kepada Suaram, telah dirampas oleh polis Perancis dari pejabat Henri Gide, seorang pegawai Thales.

malaysiakini

Share

One thought on “Skandal Scorpene – Bukti Najib Minta RM3 Bilion Dari DCNI Sebagai Syarat Adakan Rundingan?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s