Bersih 3.0 – Kenapa POLIS Memusuhi Bersih 3.0?

Kenapa Polis yang bertanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan pada 28hb. april 2012 memusuhi Bersih 3.0?  Saya percaya ramai peserta Bersih juga sedang bertanya soalan yang sama setelah melihat gelagat polis pada hari itu.

Bersih 3.0 tidak memusuhi polis.  Bersih 3.0 tidak memusuhi sesiapa termasuk Umno dan BN.  Permintaan mereka hanyalah rejim Umno/BN menjalankan pilihanraya yang bebas.

Bersih 3.0 tidak meminta sesuatu yang bolih memudaratkan
atau memberi apa2 kesan kepada pasukan polis.  Jadi, polis sepatutnya tidak bertindak seperti orang marah yang sudah hilang kawalan diri pada hari itu.

Kalau kita melihat cara polis menangani peserta Bersih 3.0, kita merasakan seolah-olah polis berdendam dengan peserta.  Peserta dikasari dengan begitu ganas sekali sehingga ada yang cedera parah! Polis telah bertindak luar dari kuasa mereka!

Apa yang kita tahu ialah polis pada hari itu ditugaskan menjaga supaya peserta Bersih 3.0 tidak memasuki kawasan Dataran Merdeka berdasarkan perintah mahkamah yang telah diperolihi DBKL, tetapi polis telah bertindak luar dari tugas mereka apabila mereka telah menyerang peserta Bersih 3.0  sehingga Jalan Tun Perak yang berada jauh dari kawasan yang patut dijaga polis!

Ada yang tuduh Bersih 3.0 adalah pro pembangkang. Namun, ini bukan suatu alasan bagi polis memusuhi Bersih 3.0 kerana kita percaya polis bukan pencacai Umno/BN.

Permusuhan mungkin ada sesama parti2 politik.  UMNO/BN mungkin memusuhi Bersih 3.0 kerana dalam perkiraan mereka, Bersih 3.0 adalah suatu ancaman kepada kerusi empuk mereka.

Jadi, bagi UMNO/BN mungkin mereka mempunyai sebab berdendam dengan Bersih 3.0 tetapi kenapa pulak pihak polis yang begitu marah dengan Bersih 3.0?

Ketua Polis Negara selalu menyebut bahawa Polis tidak berpihak kepada mana2 parti politik dan mereka hanya menjalankan tugas.

Apa yang kita minta ialah bukan saja polis bercakap mereka tidak memihak tetapi mereka juga mestilah kelihatan tidak berpihak, wallahu a’lam.

saronglama

Share

Advertisements

2 thoughts on “Bersih 3.0 – Kenapa POLIS Memusuhi Bersih 3.0?

  1. “Ada yang tuduh Bersih 3.0 adalah pro pembangkang. Namun, ini bukan suatu alasan bagi polis memusuhi Bersih 3.0 kerana kita percaya polis bukan pencacai Umno/BN”.memang polis bkn pencacai umno tetapi ANJING UMNO!

  2. JANGAN MELULU MELEBEL PASUKAN KESELAMATAN (POLIS) SEBAGAI ANJING UMNO.
    SEPATUTNYA ANDA PERLU MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA MEREKA YANG MENJAGA
    KESELAMATAN DAN KEAMANAN NEGARA BERTUAH INI BERKURUN LAMANYA. ANDA DAPAT TIDUR DENGAN NYENYAK, BERGERAK DENGAN BEBAS! KALAU ANDA TIDAK MAHU POLIS MENGGUNAKAN KEKERASAN, SENANG SAHAJA – JANGAN BUAT DEMONTRASI HARAM/JALANAN.
    TIDAK SUKA DENGAN CORAK PEMERINTAHAN, BILA TIBA MASA MENGUNDI, SILA PILIH
    PEMIMPIN YANG ANDA SUKA DAN DALAM TEMPOH 5 ATAU 4 TAHUN YANG DIBERIKAN, CUBA
    TELITI KEMAJUAN DAN JUGA KEBAIKAN YANG DI BAWA OLEH PEMIMPIN YANG ANDA SENDIRI
    PILIH. KALAU KEBAIKAN DAN KEMAJUAN YANG BERJAYA DICAPAI, KEKALKAN PEMIMPIN
    TERSEBUT, KALAU GAGAL, PILIH PEMIMPIN LAIN. MUDAH KAN? GUNALAH AKAL YANG TUHAN
    KURNIAKAN DENGAN BIJAKSANA WAHAI RAKYAT MALAYSIA…JANGAN MUDAH TEFRGELINCIR, CUBA LIHAT NEGARA-NEGARA ISLAM YANG MELAKUKAN BUDAYA INI, APA JADI AKHIRNYA…? BELAJARLAH BERSYUKUR!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s