Bersih 3.0 – Apakah UMNO Dalangi Keganasan Polis Di Perhimpunan Bersih 3.0?

Berdasarkan berita Keadilandaily dibawah ini menunjukkan Umno mempunyai peranan dalam keganasan polis terhadap peserta Bersih 3.0 pada 28hb. april 2012.

N. Surendran, Naib Presiden PKR mendakwa mempunyai bukti bahawa Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Tun Hussein Onn telah mengarahkan semua ketua editor media-media utama di Malaysia menghadap beliau sehari sebelum Perhimpunan Bersih 3.0 diadakan.

Datuk Hishamuddin dikatakan telah mengarahkan kesemua editor media2 tersebut supaya tidak membuat laporan tentang keganasan polis pada hari tersebut.

Apakah Datuk Hisham sudah pun mengetahui bahawa akan berlakunya keganasan polis terhadap peserta Bersih 3.0 pada hari itu?

Sekiranya beliau sudah pun mengetahui bahawa keganasan polis akan berlaku pada hari tersebut, siapakah dalang yang akan mencetuskannya?

Apakah berita bahawa pihak polis yang menjaga keamanan dan keselamatan pada hari itu diberitahu bahawa seorang rakan polis mereka telah terbunuh akibat serangan dari peserta 3.0 mempunyai kaitan dengan rancangan pemimpin umno ini dimana akhirnya pihak polis hilang pertimbangan dan mengganas?

Siapakah yang menyebarkan khabar angin diatas dikalangan polis2 yang bertugas pada hari itu?

Dari apa yang saya sebut diatas kita tidak dapat menolak kemungkinan adanya kuasa ketiga (UMNO) sebagai dalang yang mencetuskan huru-hara diantara peserta Bersih 3.0 dan polis!

laporan Keadilandaily:

KUALA LUMPUR 2 Mei: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, menjelaskan berhubung arahan beliau kepada pengarang media untuk tidak melaporkan keganasan polis semasa perhimpunan Bersih 3.0.

Beliau yang mempunyai bukti tersebut berkata, Hishamuddin mengarahkan kesemua ketua editor akhbar-akhbar utama datang bertemu beliau sehari sebelum perhimpunan itu bagi memberikan taklimat bagaimana mereka perlu melaporkannya.

“Pada 27 April 2012, Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein mengarahkan kesemua ketua editor akhbar-akhbar utama untuk datang bertemu beliau.

“Kami juga diberitahu bahawa semasa pertemuan tersebut, ketua-ketua editor diberi arahan tentang bagaimana melapor keadaan semasa perhimpunan Bersih 3.0 dan mereka juga diminta supaya tidak melaporkan kekejaman pihak polis,” katanya pada kenyataan.

Surendran berkata, tindakan Hishamuddin itu sama sekali melanggar sistem demokrasi yang terang-terangan menyekat kebebasan media.

“Ini juga serangan serius oleh BN terhadap kebebasan akhbar. Menteri Dalam Negeri tidak mempunyai hak terhadap media tentang apa yang mereka boleh atau tidak boleh melaporkan.

“Dalih (Datuk Seri) Najib (Razak) dengan meminda PPPA 1984 untuk membenarkan kebebasan akhbar ternyata satu kepalsuan,” ujarnya.

Ekoran itu, beliau menggesa Hishamuddin mendedahkan butiran tersebut dalam masa 24 jam berkenaan arahan itu.

“Kami menyeru Hishamuddin mendedahkan dalam masa 24 jam butir-butir lengkap arahan yang diberikan kepada media semasa mesyuarat itu. Kami seterusnya meminta Najib dan Hishamuddin menerangkan dan menjawab dakwaan layanan kejam dan salah guna kuasa.

“Pihak polis dengan jelas mengikut telunjuk Kementerian Dalam Negeri apabila pihak media yang sedang merakam aksi salah guna kuasa polis terhadap orang awam juga dikasari,” kata beliau.

saronglama

Share

Advertisements

2 thoughts on “Bersih 3.0 – Apakah UMNO Dalangi Keganasan Polis Di Perhimpunan Bersih 3.0?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s