Ketua Wanita Umno Bkt Bintang Dapat Tanah Kerajaan (PDRM) Di Brickfields?

KUALA LUMPUR 26 April: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussien digesa menjelaskan status tanah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields yang dianugerahkan kepada Syarikat Primamuda Holdings Sdn Bhd.

Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, beberapa persoalan timbul kerana salah seorang pengarah syarikat itu merupakan Ketua Wanita Umno Bukit Bintang, Mariany Mohamad Yit, Ahli Dewan Negara dan mantan Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Tanah lot 55 ini merupakan tanah milik Kerajaan Pusat dikategorikan untuk kegunaan institusi, merangkumi pembinaan perumahan ataupun pejabat PDRM, bukannya pembangunan komersil. Siapakah yang memberikan kelulusan kepada Primamuda untuk bangunkan tanah itu?

“Saya percaya wujud konflik kepentingan antara pihak DBKL dan Primamuda. Persoalannya apakah kedudukan beliau di dalam DBKL, Primamuda Holdings dan sebagai Ketua Wanita Umno telah mempengaruhi pemberian projek pembangunan itu,” katanya pada sidang media di tapak IPD Brickfields di sini, hari ini.

Jelas Izzah, lebih memeranjatkan apabila jawapan Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin memberitahu penganugerahan tanah IPD Brickfields yang beroperasi lebih 30 tahun di Jalan Tun Sambanthan itu diberikan kepada Primamuda sebagai balasan kerana membangunkan IPD Jalan Travers.

“Apakah juga jumlah kos yang ditanggung Primamuda Holdings untuk membangunkan lot 55? Adakah ianya setimpal dengan harga tanah IPD Brickfields?

“Mengapa sanggup digadai tanah yang dahulunya cukup sesuai dan selesa bukan sahaja untuk kegunaan PDRM, malah untuk penduduk sekitar Brickfields yang merasa lebih selamat dengan adanya IPD Brickfields,” katanya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s