Ghani Othman, MB Johor (KPRJ) Jual Tanah Nilai RM72 Juta Dengan Harga RM22 Juta, Rugi 50 Juta?

JOHOR BAHRU: Gabungan Tanah Rakyat (Tanah) menuntut Kerajaan Negeri Johor menghentikan pengurniaan tanah kepada Kumpulan Prasarana Rakyat Johor (KPRJ).

Menurut setiausaha Tanah Suhaizan Kaiat, ia kerana GLC itu didakwa telah gagal mengurus jual beli tanah sehingga kerugian mencecah RM50 juta.

“KPRJ telah menjual dua lot tanah dengan pada harga jauh lebih rendah daripada harga pasaran. Kelemahan ini telah menyebabkan KPRJ kerugian RM49.79 juta.

“Pengerusi KPRJ yang juga Menteri Besar Johor Dato Abdul Ghani Othman hendaklah menjelaskan kepada rakyat kenapa beliau membenarkan penjualan tanah yang merugikan rakyat khususnya rakyat Negeri Johor,” katanya kepada Harakahdaily.

Kerugian dan kelemahan KPRJ itu juga jelas Suhaizan turut direkodkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010 muka surat 160 dan 161.

Laporan audit menyatakan :

“Mengikut amalam terbaik, penilaian perlu dibuat terhadap setiap tanah yang dijual bagi mempastikan pulangan hasil yang terbaik. Semak Audit terhadap Master Agreement bertarikh 30 Mei 2007 antara KPRJ dengan Credence Resources Sdn Bhd(CRSB), Danga Bay Holding Sdn Bhd(DHB) dan Danga Bay Sdn Bhd (DBSB) mendapati KPRJ telah menjual sembilan bidang tanah seluas 229.9 hektar pada harga RM 160.09 juta.

Semakan audit mendapati dua daripada sembilan bidang tanah tersebut telah dijual pada harga RM22.38 juta berbanding penilaian Jabatan Perkhidmatan Dan Penilaian Harta (JPPH) yangbernilai RM72.17 juta iaitu perbezaan sejumlah RM49.79 juta atau 222.5%. Harga jualan juga lebih rendah berbanding penilaian firma juruukur sebanyak RM73.81 juta atau 329.8%.“

KPRJ bagaimanapun sebelum ini memberi alasan bahawa pihaknya menggunakan penilaian yang telah dibuat oleh JPPH pada tahun 1999 bagi tanah yang terletak bersebelahan.

Harga pada tahun 1999 bagi tanah bersebelahan ini telah menjadi asas kepada KPRJ untuk menjual 2 lot tanah tersebut.

“Persoalannya kenapa KPRJ tidak mendapatkan penilaian semasa daripada JPPH sebelum jualan dibuat dan hanya mengambil jalan mudah menggunakan penilaian tanah 8 tahun yang lalu?

“Penjualan pada harga lebih rendah daripada harga pasaran yang menyebabkan kerugian KPRJ hampir RM50 juta merupakan suatu penjualan luar biasa, tidak munasabah dan tidak dapat diterima oleh rakyat negeri Johor,” tegas Suhaizan.

Gesaan sama ujar Suhaizan akan dimasukkan sebagai salah satu tuntutan dalam Himpunan Tanah Rakyat yang akan diadakan pada 5 Mei 2012 jam 2 petang di Plaza Angsana, Johor Bahru.

harakahdaily

Share

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s