Adik Chua Soi Lek Terlibat Dalam Rasuah Dan Salahguna Duit Syarikat RM90 Juta?

petikan dari malaysiakini:

Polis mengesahkan menerima laporan polis yang mendakwa saudara lelaki kepada presiden MCA Chua Soi Lek – Chong Seng – terlibat dalam amalan rasuah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Syed Ismail Syed Azizan melalui pesanan SMS kepada Malaysiakini mengesahkan laporan itu dibuat pada Jumaat.

Tambahnya, pasukan daripada jabatannya sudah memulakan siasatan berhubung dakwaan itu tetapi belum mengelaskan di bawah mana-mana seksyen dalam Kanun Keseksaan.

Menurut The Edge, penternak ikan hiasan Xiang Leng Holdings Bhd dalam audit khas gagal memasukkan RM90.7 juta dalam perbelanjaan modal antara 2005 hingga 2008.

Laporan itu menyebut, tiga bekas pengarah termasuk Chong Seng sebagai penandatangan cek tunai bernilai RM85.7 juta yang diberikan secara mencurigakan kepada empat kontraktor untuk kerja-kerja pembinaan kolam ikan dan RM5 juta lagi dibayar kepada 52 kontraktor lain.

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s