Kerajaan Zambry Mahu Menutup Salahlaku Dalam Kelulusan Kawasan Balak Di Perak?

IPOH 10 April: Tindakan Speaker Perak, Datuk R. Ganesan menolak soalan dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Simpang Pulai kononnya tidak relevan membuktikan kerajaan Umno BN Perak mahu menyorokkan sesuatu.

Demikian Chan Ming Kai menyifatkan sikap Exco yang bersekongkol dengan Speaker sehingga menyebabkan beliau diarah keluar Dewan apabila bertanya tentang soalannya yang tidak dijawab Exco berkenaan.

“Saya rasa sengaja Speaker menolak dengan menggunakan Perintah Tetap 23 (1)(a) yang mana nama tidak boleh dimasukkan di dalam soalan dan kenyataan (soalan) itu tidak perlu dijawab.

“Masalahnya dua minggu sebelum sidang DUN berlangsung saya berjumpa sendiri dengan Speaker mengenai soalan saya sama ada perlu diubah atau tidak,” katanya kepada KeadilanDaily.com.

Kata beliau, soalan yang dikemukakan itu langsung tidak meletakkan nama atau perkara yang mensabitkan kesalahan.

“Soalan saya hanya mahu tahu berapa kawasan balak diluluskan, berapa syarikat kuari di Perak, berapa peruntukkan untuk infrastruktur, itu sahaja.

“Kenapa Exco tidak mahu jawab, itu sebabnya saya rasa sengaja dan mungkin mereka takut terdedah sesuatu yang lebih besar,” katanya.

Tambah beliau, soalannya bukan kali pertama ditolak, tetapi ia berlaku setiap kali sidang DUN.

“Sebelum ini saya terima teguran Speaker mahu saya ubah dan nasihat saya jumpa beliau mengenai soalan yang mahu ditanya. Saya sudah buat kali ini, tapi tetap tolak. Saya tiada masalah untuk ubah mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Itu yang buat saya jadi geram sangat, beliau beri macam-macam alasan untuk tidak jawab,” ujarnya.

Berita Harian hari ini melaporkan pada muka hadapannya tentang tindakan Speaker , Datuk R Ganesan mengarahkan Chan Ming Kai keluar Dewan selepas bertindak naik ke atas podium untuk menyerahkan soalannya yang enggan dijawab Speaker.

Ganesan memberi alasan soalan yang ditanya tidak mematuhi Perintah Tetap 23 (1)(a) kerana nama tidak boleh dimasukkan di dalam soalan dan kenyataan (soalan) itu tidak perlu dijawab.

keadilandaily

Share

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s