Ismail Sabri Salahguna Kuasa Beri ‘Keistimewaan’ Kepada Sykt Isteri Timbalan KM Sabah?

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini didakwa menyalahgunakan kuasanya memberikan keistimewaan kepada syarikat koperasi milik seorang isteri kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin.

NGO Jingga 13 mendakwa, Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad milik Datin Seri Panglima Jouyah Md Yunin, isteri kepada Yahya, diberi penangguhan khas melaksanakan Garis Panduan Mengenai Kemudahan Kredit Oleh Koperasi (GP6) dan Garis Panduan Mengenai Pembiayaan Islam oleh Koperasi (GP7).

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Malaysia ( KPDNKK ) telah mengumumkan GP6 dan GP7 berkuatkuasa pada 16 Oktober 2009, namun ditangguh sehingga 1 Oktober 2010 dan semua koperasi dikehendaki menjalankan urusan pembiayaan daripada Model 3 kepada Model 2.

Ekoran daripada itu, banyak koperasi yang belum bersedia ( majoriti Melayu-Bumiputera ) dengan model dua telah diarah dan memberhentikan segala urusan pembiayaan melalui bank komersil dan mengakibatkan kerugian yang besar sehingga ada yang terpaksa membuang pekerja kerana menghadapi masalah kewangan yang besar .

Dwi standard

“Amat menghairankan apabila Menteri KDNKK dan SKM telah bersikap dwi standard didapati sebuah syarikat koperasi di bawah CIMB Bank Berhad itu diberikan keistimewaan dan pelanjutan “khas” bermula 30 Jun 2011 sehingga sekarang selepas menerima surat rayuan daripada Timbalan Ketua Menteri Sabah.

“Jingga 13 mendesak Ismail dan SKM menjelaskan alasan apa membenarkan Koperasi Tanjong Keramat Kota Kinabalu Berhad diberikan penangguhan istimewa dan khas atau pelanjutan tempoh melaksanakan model 2 sedangkan pelaksanaan GP6 dan GP7 oleh koperasi-koperasi kredit berkuatkuasa pada 1 Oktober 2010,” soal Koordinator Jingga 13 Fariz Musa dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Fariz mendakwa, berdasarkan siasatan pihaknya mendapati syarikat koperasi tersebut ditubuhkan pada 2 Jun 2009, tiada pengalaman menjalankan aktiviti pembiayaan kredit, diberikan keistimewaan berbanding syarikat-syarikat koperasi lain yang sudah mempunyai pengalaman yang cukup lama dalam bidang tersebut tetapi dinafikan haknya.

Katanya, akibat tindakan Ismail yang menafikan hak ratusan koperasi kredit Melayu dan Bumiputera lain, ada antaranya terpaksa berdepan dengan risiko ‘gulung tikar dan hidup segan mati tidak mahu’ ekoran perlaksanaan GP6 dan GP7 yang tidak membenarkan mereka mengunakan model 3 tetapi memberikan pelanjutan khas kepada hanya sebuah koperasi sahaja iaitu Koperasi Tanjung Keramat Kota Kinabalu Berhad.

Jingga 13 mendesak Datuk Ismail Sabri Yaacob, SKM dan Datuk Seri Panglima Yahya menjelaskan isu tersebut kepada rakyat dan warga koperasi kredit yang ternyata wujudnya salah guna kuasa rasuah atau adakah berkemungkinan berlaku amalan rasuah sehingga keistimewaan diberikan kepada sebuah syarikat koperasi tersebut cukup luar biasa,” soalnya.

freemalaysiatoday

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s