Bukti Dokumen UMNO Minta Sokongan ISRAEL Anjur Persidangan Gas Sedunia!

Lihat salinan dokumen dibawah

KUALA LUMPUR 29 Mac: Selepas mendedahkan hubungan dagangan Malaysia dan Israel, KEADILAN sekali lagi tampil dengan bukti membongkar penglibatan Malaysia melobi negara Zionis itu untuk mendapatkan sokongan penganjuran Persidangan Gas (WGC) yang akan berlangsung pada Jun 2012.

Setiausaha Agong KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, berdasarkan surat daripada Persatuan Gas Malaysia (MGA) kepada Institut Petroleum dan Tenaga Israel bertarikh 6 September 2005 menunjukkan Malaysia merayu Israel bagi menyokong negara ini menjadi tuan rumah persidangan tersebut.

“Pendekatan merayu bantuan Israel mendapat restu dan atas nasihat Wisma Putra. Penganjuran pula dikendalikan WGA yang diwakili Petronas dan dinasihati bekas Perdana Menteri Tun Mahathir.

“Malah KEADILAn mempunyai bukti Tun Mahathir dan Wisma Putra sedia maklum mengenai pendekatan Malaysia merayu sokongan Israel untuk mendapatkan hak penganjuran tetapi merestui sahaja pendekatan ini,” dedahnya di lobi Parlimen hari ini.

Sidang media itu turut dihadiri Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli.

Bermula 4hingga 8 Jun 2012, Malaysia akan menjadi tuan rumah kepada persidangan WGC yang akan berlangsung di Kuala Lumpur.

Persidangan itu adalah persidangan terbesar yang akan mengumpulkan syarikat-syarikat minyak dan gas dari seluruh dunia.

Menurut Saifuddin, penganjur WGC dipilih oleh anggota Pertubuhan Gas Antarabangsa yang turut diangotai Israel, Rusia, Brunei dan Indonesia.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, pada surat melobi Israel itu, Malaysia turut menawarkan untuk mengurus penginapan dan pendaftaran wakil-wakil Israel ke persidangan IGU di Tianjun China.

“Sikap Umno dan pimpinan mereka yang menentukan dasar Wisma Putra bertentangan dengan keinginan rakyat Malaysia yang tidak mahu sebarang hubungan diplomatik dengan Israel.

“Malah pendedahan kali ini membongkar hipokrasi Umno dalam hubungan dengan Zionis kerana bukan sahaja mereka menyatakan hasrat untyuk mengadakan hubungan diplomatik malah terbukti mereka pernah melutut merayu sokongan Israel,” katanya.

-keadilandaily

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s