UMNO Khianat Melayu – UMNO Selangor Menjual 73 Ekar Tanah Rizab Melayu Di Gombak!

SHAH ALAM 23 Mac – Resam Umno BN apabila memegang kuasa sesebuah negeri, pastinya ada tanah rizab Melayu dijadikan harta sendiri dengan menjualnya sesuka hati.

Susulan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali dalam ucapan pembukaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini, mendedahkan penyelewengan melibatkan tanah rizab Melayu di kawasannya.

“Saya juga ingin menarik perhatian Dewan yang mulia ini kepada satu kes kerakusan Umno di kawasan Parlimen Gombak dan DUN Hulu Kelang.

“Sejumlah 74 ekar Tanah Rizab Melayu di Sungai Sering telah dijual dan dipindah milik kepada Syarikat Triumph City Development Sdn Bhd tanpa sebarang gantian tanah di kawasan lain,” katanya yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Bagaimanapun katanya, syarikat berkenaan gagal membangunkan tanah itu dan tidak mahu menjelaskan bayaran premium tanah biarpun status tanah tersebut ditukar.

“Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) terpaksa merampas kembali tanah tersebut untuk menjaga kepentingan rakyat negeri Selangor.

“Hal ini menyebabkan tanah rizab Melayu di Selangor susut nilai dan memberi impak kepada nilai aset orang Melayu. Inilah amalan khianat Umno kepada orang Melayu di Selangor ketika mentadbir negeri ini.

“Satu lagi amalan yang sering kali dilakukan pentadbiran Umno dalam menguruskan Tanah Rizab Melayu ini adalah dengan menukar tanah rizab di kawasan bandar dengan tanah di kawasan luar bandar yang bernilai jauh lebih rendah daripada harga tanah rizab yang asal,” ujar beliau.

Sebaliknya kata Azmin, sepanjang empat tahun mentadbir Selangor, kerajaan PR tetap mengekalkan Tanah Rizab Melayu demi kepentingan kaum itu.

“Kerajaan PR terbukti tidak menyalahgunakan mandat yang diberikan rakyat. Oleh itu, adalah diharapkan agar kerajaan negeri dapat merangka satu pelan strategik pengurusan tanah rizab Melayu supaya dapat dibangunkan secara tersusun dan dipelihara supaya terus mengekalkan status tanah demi kepentingan generasi masa depan,” katanya.

keadilandaily

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s