Kes Anak Nazri, Mohd Nedim – Selain terlibat Insiden Pukul Sekuriti Juga Dikait dalam satu Kes Bunuh?

lihat laporan terkini dibawah

KUALA LUMPUR 24 Mac: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) mendesak siasatan menyeluruh dijalankan berhubung dakwaan terhadap anak menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz bernama Mohamad Nedim, yang terlibat dalam insiden memukul penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di ibu negara.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin menuntut pihak polis melakukan siasatan yang bebas dan adil memandangkan Mohamad Nedim sebelum ini turut dikaitkan dalam satu kes pembunuhan.

“AMK turut difahamkan bahawa Mohamad Nedim juga pernah dikaitkan dengan insiden kematian seorang pemuda bernama Darren Kang di Restoran Uncle Don di Sri Hartamas pada sekitar tahun 2004.

“Pihak polis didesak tegas dalam menjalankan siasatan secara profesional tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak luar dan tidak menutup kes ini seperti mana yang terjadi dalam kes pembunuhan Darren Kang pada 2004, yang turut dikaitkan dengan penglibatan Mohamad Nedim,” kata Shamsul.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid semalam mengesahkan dua laporan polis dibuat dan kes itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terlibat dalam pergaduhan.

Sementara itu, NGO Jingga 13 turut menuntut siasatan segera dilakukan memandangkan perlakuan itu dilakukan oleh anak seorang Menteri yang menjaga hal ehwal Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri

“Jingga 13 percaya kepada ketelusan PDRM untuk menyiasat perkara ini dengan lebih telus memandangkan terdapat CCTV yang dilaporkan merakamkan kejadian tersebut.

“Bukti ini harus diselenggarakan dengan penuh integriti demi membuktikan tidak ada perlindungan atau kekebalan undang-undang untuk keluarga Menteri di Malaysia,” kata ketua penyelarasnya, Fariz Musa.

Menurutnya, polis juga didesak untuk menyiasat dakwaan kononnya pengurusan kondominium dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya ‘menutup’ kejadian’ itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk perbaharui lesen operasi mereka.

“Jingga 13 mahu PDRM menyiasat adakah wujud tangan-tangan ghaib untuk mencampuri kerja-kerja penyiasatan dan menekan pihak yang melaporkan demi melindungi kepentingan individu yang bersalah dan membiarkan mangsa pukul tidak dibela,” katanya.

keadilandaily

CCTV Buktikan Anak Nazri, Nedim Terlibat Dalam Pergaduhan Dengan Sekuriti?

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung insiden pergaduhan yang dikaitkan dengan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz kini berada dalam tangan polis Brickfields.

Rakaman insiden melibatkan Nedim Mohamad, pengawal peribadinya dan pengawal keselamatan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur kini sampai kepada pegawai penyiasat, dedah sumber.

Pihak berkaitan mengesahkan kepada Malaysiakini, kes itu masih disiasat walaupun ketua polis daerah Brickfields sebelum ini mendakwa ia telah selesai.

Menurut sumber lagi, polis terkejut melihat rakaman itu apabila “lebih daripada dua orang”, termasuk Nedim, terlibat memegang dan menyerang penyelia keselamatan berusia 50 tahun itu.

Ini boleh mewujudkan komplikasi dalam klasifikasi polis yang meletakkan kes itu sebagai kesalahan kecil – ‘menyebabkan pergaduhan’ bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara enam bulan, denda RM1,000 atau kedua-duanya.

malaysiakini

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s