Hasan Ali Salahguna RM800,000 Duit Kerajaan Negeri Selangor?

SHAH ALAM: Adun Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Ali didakwa menyalahguna wang kerajaan negeri mencecah lebih RM800, 000 untuk kegunaan program dan pengubahsuaian pejabat ketika menjadi exco kerajaan negeri Selangor,

Perkara itu didedahkan Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa) ketika membahaskan usul titah Sultan Selangor dalam sidang dewan undangan negeri hari ini.

Azmin mendakwa Hasan yang juga exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, ketika itu berbelanja lebih RM500 , 000 untuk pelbagai program di bawah Perbadanan Adat Istiadat Melayu (PADAT).

Beliau juga mendakwa Hasan menggunakan RM300, 000 untuk mengubahsuai pejabat exco.

“Saya mendapat maklumat awal kerana jabatan audit telah menjalankan siasatan menyeluruh. Ia fakta dan bukan tuduhan. Tindakan beliau (Hasan) tidak boleh dimaafkan.

“Pembaziran ini jika dikaitkan dengan perjuangan dibawa Hasan (Islam, Raja, Melayu). Islam mana yang dibawa jika guna wang rakyat dengan tidak berhemah?” katanya kepada pemberita di luar lobi bangunan Annex, bangunan SUK Selangor

`Exco tidak bertanggungjawab’

Azmin turut menuduh Hasan sebagai exco yang tidak bertanggungjawab apabila membelakangkan dasar kerajaan negeri untuk mengamalkan tender terbuka.

Dakwa Azmin tindakan sedemikian adalah percubaan sabotaj yang dilakukan Hasan terhadap kerajaan negeri.

“Beliau sebagi exco membelakangkan dasar kerajaan negeri dengan menghantar terus senarai kontraktor kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk melantik kontraktor menyelenggara jalan di Selangor.

“Perkara ini tidak dapat diterima kerana kerajaan negeri mempertahankan sistem tender terbuka dan telus. Sedangkan ada exco kanan sabotaj dasar ini. Maka tindakan tegas perlu di ambil seperti mana kenyataan saya sebelum beliau dipecat,” katanya.

Mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa BN yakin merampas Selangor, Azmin berkata ia amalan biasa yang dilakukan seperti yang terjadi di Perak.

keadilandaily

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s