Kroni UMNO Jual Lebuhraya KL-Putrajaya Yang Dibina Guna Duit Rakyat RM976.7 juta?

KUALA LUMPUR 19 Mac: Pengarah Strategi KEADILAN, Mohd Rafizi Ramli mendesak Datuk Seri Najib Razak mengesahkan samada geran bernilai RM976.7 juta akan dikembalikan semula kepada rakyat selaku pembayar cukai.

Ini kerana katanya, geran itu diberi pentadbiran Najib kepada Maju Holdings Sdn Bhd, syarikat yang terlibat dalam pembinaan Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya.

Maju Holdings yang juga syarikat kroni Umno bagaimanapun menjual projek itu kepada EP Manufacturing Berhad baru-baru ini dengan urusniaga itu dilapor bernilai RM1.7 bilion.

“Saya menganggar suntikan dana yang dibuat Maju Holdings Sdn Bhd (dalam projek itu) hanya sekitar RM60juta (iaitu 4.5% dari kos keseluruhan) kerana ia turut meminjam RM370 juta dari institusi kewangan.

“Oleh itu, penjualan RM1.7 bilion ini bakal memberi durian runtuh kepada Maju Holdings Sdn Bhd jika geran kerajaan RM976.6 juta tidak dikembalikan,” katanya dalam kenyataan 18 Mac lalu.

Jika itu berlaku katanya, Maju Holdings bakal membuat untung atas angin sekitar RM1.33 bilion dengan urusniaga itu penuh rahsia.

“Jika keuntungan RM1.33 bilion itu disimpan Maju Holdings Sdn Bhd, apakah perjanjian di antara Perdana Menteri dengan pemilik Maju Holdings Sdn Bhd yang diketahui umum penyokong kuat UMNO?

“Adakah wujud persefahaman agar keuntungan atas angin yang merampas dana rakyat itu akan disalur kembali kepada Umno sebagai dana pilihanraya,” soal Rafizi.

Dana rakyat RM976.6 juta itu juga katanya, empat kali ganda lebih tinggi dari dana yang NFC yang disalahguna untuk kepentingan peribadi keluarga Ketua Wanita Umno seperti didedahkanya sehingga kini.

“Sudah tentu dana rakyat sebesar RM976.6 juta ini memerlukan jawapan dari Najib kerana urusniaga ini tidak boleh berlaku tanpa kelulusan beliau selaku Menteri Kewangan,” katanya lagi.

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s