Bukti Kos Majlis Tunang Anak Najib, Nooryana Najwa RM400,000 Dibayar Guna Duit Rakyat!

Lihat Salinan dokumen dibawah

PETALING JAYA 9 Mac: KEADILAN hari ini mendedahkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, telah menggunakan sebanyak RM409,767 wang rakyat untuk menanggung kos majlis pertunangan anak perempuannya, yang diadakan di Seri Perdana tahun lalu.

Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, kos itu merangkumi satu tempahan majlis bankuet di Hotel Shangri La yang menyediakan perkhidmatan katering untuk majlis pertunangan berkenaan.

Berdasarkan dokumen yang diedar kepada media, kos tersebut telah dicaj kepada Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

“Hari ini kami tampil dengan bukti kukuh bahawa majlis tersebut dibiayai oleh rakyat Malaysia apabila keseluruhan urusan tempahan dan pembayaran dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri,” katanya ketika sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Bakal Menantu Najib, Daniar Nazarbayev Tipu Ayah Tiri RM62 Juta, Guna Dokumen Palsu..klik disini

Media sebelum ini melaporkan majlis pertunangan anak Najib, Nooryana Najwa dengan warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev berlangsung pada 17 Jun tahun lalu.

Menurut Rafizi, KEADILAN juga telah membuat semakan dan berjaya mengesahkan individu-individu yang dinamakan di dalam dokumen tersebut adalah sahih.

Berdasarkan bil pembayaran, kos untuk jamuan VIP seramai 36 orang berjumlah RM18,792, kos jamuan tetamu berjumlah RM309,975, serta kos pengendalian berharga RM81,000.

“Tetamu tidak dihidangkan dengan menu rakyat 1Malaysia, sebaliknya menu yang mirip santapan di raja termasuklah daging panggang Australia, makanan-makanan laut dan pelbagai juadah yang di luar kemampuan dan imaginasi rakyat biasa,” katanya.

“Adalah sangat memualkan apabila wang rakyat digunakan memenuhi nafsu dan citarasa mereka. Pada masa yang sama, Perdana Menteri membayar perunding-perunding untuk membina imej seorang yang makan bersama-sama rakyat dan menampilkan kesederhanaan,” ujar beliau.

Rafizi berkata, tindakan itu menggambarkan sikap buruk kerajaan, dari perdana menteri hingga ke barisan menteri kabinet yang menggunakan wang pembayar cukai untuk kemewahan mereka.

Sebelum ini, Pakatan Rakyat mendakwa Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansur turut menggunakan wang rakyat untuk merisik perkahwinan anak perempuan mereka di Kazakhstan, dengan berselindung di sebalik urusan rasmi negara.

keadilandaily

dokumen-blog anak sungai derhaka

Share

28 thoughts on “Bukti Kos Majlis Tunang Anak Najib, Nooryana Najwa RM400,000 Dibayar Guna Duit Rakyat!

  1. Rakyat x blh marah sebab Najib dah bg BR1M rm500.00, rm200 utk anak yg sekolah, wujudkan kedai 1 Malaysia dan byk lagi bantuan kpd rkyt…rakyat patut bersyukur…

  2. najib mestilah mengembalikan wang rakyat ini serta pohon maaf pada seluruh rakyat Malaysia!

  3. bmakna BR1M bjumlah RM500 btujuan utk mengaburi mata rakyat bhw duit rakyat telah digunakn oleh pihak tdk btnggungjwb.BR1M utk menutup mulut rakyat..teruknya!!!

  4. Begitu mewah pemimpin2 kita sementara rakyat dibawah ramai yang susah…sedihnya kita apabila melihat ramai yang sanggup beratur ditengah panas ambil duit BR1M mereka..

  5. Amran Hadi – MMg bersyukur atas segala kemudahan yg diberi kpd rakyat. Tapi itu mmg tanggungjawab sebuah kerajaan. Tapi apa hak seorg pemimpin menggunakan duit utk kepentingan peribadi ?

  6. korang yg skg pakatan mmg dengki ngan Najib!!Itu rezki dia…korang kecoh apahal…bukankah rezki seseorang tu dr Allah???bodoh punya pakatan!!!?????????

  7. Orang melayu kena pikir betul2. Semua benda-benda ini ditimbulkan PR adalah bagi menjadikan orang-orang melayu mengemis dibumi sendiri. Mereka tidak mahu melihat orang melayu mewah atau pun senang.

    Bangsa asing hidup mewah, belanja mewah diorang tak sebut, tapi kalau orang melayu yang hidup mewah mereka akan lawan. lawan tetap lawan menjadi slogan mereka!

    Jangan melihat bagaimana orang melayu dapat kemewahan. Itu tidak penting. Bukan sahaja melayu mempunyai kuasa tapi seluruh ekonomi negara ini mesti dikuasai orang melayu dari pendatang2. Ingat, bumi Malaysia ini adalah milik melayu, paham? HIDUP MELAYU!!!!!!

  8. hidup melayu kepala hotk hang, bangsa lain mewah sebab berniaga, yang menteri hidup mewah sebab rompak harta rakyat

  9. kalau aku jadi pm a\pun aku buat camni…aku rase sape2 ade kuase akan buat jugak….hahahahhaha

  10. weyh..jgn fitnah dia..kan rosmah kumpul duit dr kecik nk beli cincin mhal tu..x mustahil dia mnabung dr kecik untuk anak dia…kah..kah..kah…

  11. Dear all.to be honest, i’m so sad with what happend.btol lau kite berade di atas kite pun akan jd cum tue.kite lupa pada yg lain.kite lupa bhwa ap yg kite dpt bkn utk kite sowg tapi utk dikongsi bersama.saya xskg mne2 pihak.msing2 ade salah n msing2 ade btol nye…patut nye msing2 kne cari salah sniri n btolkan keadaan n bkn nye kerohkan keadaan..nie tak owg melayu salahkan each other but bangsa asing gelakkan kite…kan bgus lau sme2 bergabung n develope negara Malaysia dgn aman n sebuah negara islam…nie each other asyik Finger pointing technology!!!! Najib salah coz tak beri peluang utk rakyat bersuara…at least bagi ruang utk yg ditindas bersuara klau die berada di tempat yg betul n pembangkang lak amik kesempatan nk jatuhkan kerajaan…sepatutnye sme2 berusaha fikirkan care terbaik utk adekan meeting suarakan ap yg tak puas hati..najib ms tue kne bagi peluang!!!!!!!!!jgn takut kan bini smpy jadi dayusssss…..

  12. bkn dengki sahabat.tp salah guna hak rakyat.cuba sahabt fikirkan la yg terbaik utk pru13. bukti dh ada dpn mata kn…takbir!!!!!

  13. Bukti mmg bukti..sjauh mana bukti tu betul2 bukti????apakah penjelasan beliau??kalau setakat nk sebarkan bukti tp ada agena lain disebaliknya yg mana tidak di cungkil, org akan pandang sebelah pihak saja. dan semua orang akan pk bende yang sama..so apakah penjelasan beliau tidak disertakan sekali disini??
    wahai penulis blog, kamu sudah paparkan “soalanya”(bukti beliau guna harta rakyat)..manakah “jawapannya?”(penjelasan beliau ttg hal ini)

  14. nak bertunang anak pakai duit sendirilaaa….ape la punye pemimpin nk betunang anak pki duit rakyat plak…gaji besar tapi anak nk betunang pon tade duit…

  15. hadi n anti pakatan….,kamu punya pemimpin ckp slogan bersederhana la..apa la…yg kamu berdua mesti da kena suap RM20 sorang ni..haha..backup sgt pemimpin mcm tu…contohi la nik aziz…yang baik tu diikut..

  16. hurm….ada-ada je la korng ni…bukti tu blom tntu betol….mmg la di hantar ke alamat tu..da die dok kje ari2 kt ctu…myb senang la dye nk berurusan n mungkin stiap urusan surat menyurat PM kita tu di alamat tu….stakat bil 2 belom tentu ianya benar…pk2 la…buat tambah dosa je dok mngutuk…kita dok mngutuk kng kita yg dapat mslah…

  17. Kos perkahwinan RAJA-RAJA melayu korang tak komen pulak?????? itu duit sape tu???? bukan duit rakyat????? Jgn berat sebelah la wei

  18. kamu semua jangan dok dengki, mai kita doakan agar pru ke 13 ni benar-benar bersih dan adil untuk kita dan negara tercinta,ada wang guna dengan sebaik-baiknya,bantu orang susah,bina masjid,jaga sekolah ugama,pondok-pondok usang diseluruh negara buat yang terbaik baru berkat dunia dan akhirat amin.

  19. mahalnya kos tunang..2 blum lg kos..mjls kahwin..hm..semoga bahgia ke anak cucu kelak..jgn lak nt ada mjlis kahwin kedua lak..mcm omak n ayah nyo..isk3..

  20. TOLONG JANGAN JADI BODOH LA!!!! ALAMAT BIL PADA JABATAN PERDANA MENTERI OF COURSEEE LAAA!! SEBAB NAJIB DUDUK DI SANA! ADA DI SANA!!! TAK KAN NAK BAGI PADA RUMAH KO PULA!! TAPI NAJIB BAYAR GUNA DUIT DIA LA!!! BUKAN DUIT KORANG PON!!! MACAM KITA DAFTAR LESEN GUNA MYEG JUGA!! DAFTAR ZALORA! ONLINE SHOPPING!!! SELALU JE KAN GUNA ALAMAT OFIS SBB OFIS ADA ORANG NAK AMBIK! BODOH PIANG LA SIAPA YANG BUAT FITNAH NI!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s