Menteri BN Sarawak James Masing Dan Mong Dagang Terbabit Sogokkan RM70 Juta!

Datuk Seri James Masing

Sarawak report melaporkan Menteri Kemajuan Tanah Sarawak Datuk Seri James Masing dan Menteri Muda Pertanian Sarawak, Datuk Mong Dagang terbabit dalam sogokkan rm70 juta daripada skim pembangunan tanah di kawasan pilihan raya Mong.

Dakwaan itu berdasarkan sepucuk surat yang didakwa ditulis oleh Mong pada 18 Jun 1997, selaku ADUN Bukit Begunan kepada Kho Chee Pheng dari sebuah syarikat di Kuching, Megaruma Sdn Bhd, meminta habuan bagi ‘bantuannya’.

Mong didakwa memberi kuasa kepada Kho untuk “mencadangkan, mengatur dan menjemput mana-mana pelabur berpotensi untuk menubuh dan membangunkan secara usahasama dengan pemilik tanah ladang kelapa sawit di Banjaran Kelingkang (Bukit Begunan), Sri Aman, Sarawak.”

Datuk Mong Dagang

“Saya dengan ini bersetuju bahawa pelabur perlu membayar sekurang-kurangnya RM1,000 bagi setiap ekar dan selepas ditolak bayaran kepada LCDA bakinya akan dibahagikan dengan 50 peratus kepada yang pemilik tandatangan di bawah ini manakala 50 peratus lagi kepada Kho Chee Pheng,” petik surat itu.

Surat itu menamakan tiga syarikat, di mana satu daripadanya akan digunakan bagi usaha sama itu, serta tiga nama yang perlu didaftarkan dengan syarikat yang dipilih sebagai syarikat usahasama itu.

Ketiga-tiga syarikat itu adalah Noble Reserves Sdn Bhd, Noble Resources Sdn Bhd dan Noble Rewards Sdn Bhd manakala tiga nama berkenaan adalah Bawang Ak Dem, Leyta Kupa dan Henry Yan Masing.

Sarawak Report juga mendakwa bahawa Bawang adalah isteri Mong, Leyta pula adalah isteri setiausaha sulitnya Wilson Ugak James, manakala Henry James adalah adiknya.

sarawak report/malaysiakini

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s