MB Negeri Sembilan Mohd Hasan Guna Duit Rakyat Promo Dirinya Di Utusan Malaysia?

SEREMBAN, 8 Mac: PAS mempertikaikan tindakan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mempromokan diri sendiri menggunakan duit kerajaan melalui akhbar Utusan Malaysia.

(Iklan satu muka penuh MBI untuk ucap terima kasih kepada Mohamad Hasan.)

Ini kerana, dari segi etikanya adalah amat tidak wajar Mohamad menggunakan duit kerajaan untuk membuat iklan promosi diri sendiri sebegitu, kata Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Abdul Ghani.

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan iklan ‘Terima Kasih’ semuka surat penuh kepada Mohamad Hasan di muka surat 16.

Yang menjolok mata adalah iklan tersebut dibuat oleh Menteri Besar Negeri Sembilan (Pemerbadanan) bersama dengan dua lagi syarikat.

“Ini sudah jadi penyalahgunaan kuasa, MB membeli ruang iklan menggunakan duit MBI untuk membuat promosi kepada dirinya sendiri.

“Ini kes Mohamad Hasan mengucapkan terima kasih kepada Mohamad Hasan. Ini sudah konflik kepentingan,” kata Taufek kepada Harakahdaily.

Ekoran itu, katanya, pihaknya akan membuat kajian apakah ia wajar dibuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut Taufek, ini bukan pertama kali Mohamad Hasan membuat perkara sebegini untuk membuat promosi kepada dirinya sendiri melalui pembelian ruang iklan sebegini.

“Sebelum ini iklan selamat datang kepada isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor dibuat…ia bagi saya satu penyalahgunaan kuasa juga,” kata beliau.

harakahdaily

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s