PKPS Rugi RM20 Juta Setahun Akibat Penjualan Ladang Milik PKPS Oleh Kerajaan UMNO/BN !

SHAH ALAM: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) mengalami kerugian sebanyak RM20 juta anggaran pendapatan setahun ekoran penjualan ladang seluas 12,000 ekar di Miri, Sarawak.

Exco kerajaan negeri Dr Yaakob Sapari berkata, ladang tersebut dijual dengan harga yang murah iaitu RM8,082 seekar pada tahun 2007.
dan kerajaan negeri sedaya upaya mempertahankan ladang berkenaan dari terus dijual dan sanggup membawa perkara itu ke mahkamah.

“Tetapi keputusan mahkamah berpihak kepada pembeli kerana dokumen jual beli telah ditandatangani PKPS oleh kerajaan negeri terdahulu,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan Selangor dalam satu sidang media di sini hari ini.

Menurut beliau, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar sepatutnya menyalahkan Barisan Nasional (BN) kerana telah menjual ladang tersebut dengan harga yang murah.

Ujar Yaakob melalui kaji selidik, harga pasaran pada tahun 2007 bagi ladang di Miri itu bernilai RM145 juta, namun ia dijual dengan harga hanya RM97 juta.

Operasi perniagaan untung

Beliau turut menjelaskan mengenai prestasi ladang dan keuntungan operasi PKPS yang meningkat setiap tahun.

Yaakob berkata PKPS mencatat peningkatan jualan kelapa sawit berjumlah RM19.70 juta pada tahun 2011 berbanding RM11.57 juta pada 2007.

Manakala keuntungan operasi pula mencatatkan peningkatan kepada RM8.10 juta pada tahun 2011 berbanding kerugian yang dialami sebanyak RM1.52 juta pada 2007.

“Saya sedia tawar kelas kepada Noh Omar jika beliau mahu. Apa yang beliau buat selaku menteri pertanian tidak menampakkan hasil,” katanya membidas pelbagai dakwaan dilemparkan Noh mengenai PKPS sebelum ini.

PKPS dijadualkan memberi keterangan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) esok.

freemalaysiatoday

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s