UMNO/BN Gagal Tadbir MAS – Syarikat Penerbangan MAS Rugi Besar RM2.5 Bilion !

Malaysiainsider hari ini melaporkan kerugian besar yang dialami Syarikat Penerbangan Negara MAS.  Amat mengejutkan kita apabila MAS didakwa mencatat kerugian besar berjumlah RM2.5 Billion bagi tahu 2011.

MAS melaporkan kerugian sebanyak rm1.28 bilion yang dialaminya bagi suku keempat bagi tahun 2011.

Kerugian ini melebihi jumlah kerugian yang dialami dari suku pertama ke suku ketiga tahun 2011.

CEO System Penerbangan Malaysia MAS, Ahmad Jauhari Yahya menyebutkan kerugian berpunca dari kenaikkan 25% bahan api pesawat dan 50% kenaikkan perbelanjaan bukan bahan api.

Kegagalan kerajaan UMNO/BN tadbir syarikat penerbangan milik negara bermakna rakyat menanggung kerugian besar ini.

Untuk meneruskan operasi syarikat yang rugi ini semestinya duit rakyatlah yang akan digunakan bagi menampung kerugian ini!

Sudah begitu lama MAS mengalami kerugian dan sampai hari ini kita tak nampak bagaimana MAS akan mencatat keuntungan.

Sampai bilakah keadaan ini akan berterusan?  Pemimpin UMNO dan kroni mereka yang dipertanggungjawabkan bagi mentadbir MAS tidak pernah rugi atau muflis.

Kekayaan mereka terus menambah sementara syarikat penerbangan milik negara senentiasa mengalami kerugian dan akhirnya yang akan menanggung segala kerugian adalah rakyat Malaysia!

-decapucino

Share

2 thoughts on “UMNO/BN Gagal Tadbir MAS – Syarikat Penerbangan MAS Rugi Besar RM2.5 Bilion !

  1. blogger taiping mali dalam blognya mempersoalkan kenapa saya persalahkan umno/bn bagi kerugian yang dialami dalam MAS?

    Bukankah MAS adalah penerbangan milik negara? Jadi siapakah yang harus bertanggungjawab apabila kerugian berlaku sepanjang masa? bukankah umno sebagai pemerintah yang melantik orang2 dia mentadbir MAS?

    Apabila di negeri Selangor misalnya, KSSB (syarikat melombong pasir milik kerajaan negeri) menghadapi masaalah, umno selalu menuding jari kepada kerajaan pakatan negeri Selangor yang dikatakan gagal mentadbir.

    Saya nak bagi tahu secara terus-terang siapakah sebenarnya punca kerugian secara ‘istiqomah’ yang berlaku dalam MAS – siapa lagi kalau bukan UMNO/BN!

    Blog pencacai umno ini yang diupah oleh mamak zambry, tiada bezanya dengan mentaliti pencacai2 umno yang lain!

  2. Mengapa Air Asia boleh untung sedangkan mereka mengenakan tambang murah? Apa sudah jadi ni MAS?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s