MP UMNO Datuk Abdul Rahman Bakri Didapati Bersalah Buat Tuntutan Palsu RM80,000 !

SHAH ALAM 29 Feb: Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini mendapati Ahli Parlimen Umno bagi kerusi Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri, didapati bersalah atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwa.

Abdul Rahman, 47, dituduh membuat lapan tuntutan palsu dengan nilai RM10,000 setiap satu yang berjumlah RM80,000 daripada peruntukan kawasannya berhubung majlis yang tidak pernah dijalankan.

Dia dituduh membuat tuntutan itu di antara 21 Januari dan 4 Februari 2008 ketika menjadi ADUN Sungai Ayer Tawar.

Sementara itu, pembantu beliau Mohd Rusli Busro, yang didakwa bersubahat dalam membuat tuntutan palsu juga didapati bersalah.

Abdul Rahman didakwa mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan, lapor Malaysiakini.

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini menjatuhkan hukuman enam tahun penjara dan denda RM400,000 terhadap anggota parlimen Sabak Bernam Abdul Rahman Bakri.

Wakil rakyat BN itu didapati bersalah atas lapan tuduhan berhubung kesalahan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000.

Hakim Azhaniz Teh Azman menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM50,000 untuk setiap kesalahan.

Sementara itu di mahkamah sama, pembantu Abdul Rahman, Rosli Busro, 44, dikenakan hukuman sama iaitu penjara enam tahun dan denda RM400,000 kerana bersubahat dengannya untuk melakukan kesemua kesalahan itu.

keadilandaily

Share

Advertisements

One thought on “MP UMNO Datuk Abdul Rahman Bakri Didapati Bersalah Buat Tuntutan Palsu RM80,000 !

  1. Ini kalilah…Ya Allah,terima kasih kerana memberi hidayah kepada pemimpin dan bakal pemimpin kami. Ya Allah,hamba mohon tunjukkan lagi penyelewengan yang melibatkan jumlah wang rakyat yang lebih besar dan hancurkanlah sehancur-hancurnya penyeleweng wang rakyat seterusnya.Ya Muntaqim,persempitkanlah jalan penutupan penyelewengan tersebut dan dedahkanlah penyelewengan2 wang rakyat ke pengetahuan umum agar rakyat boleh mendapat maklumat dan membuat keputusan semasa PRU13 nanti.Ya Qahar,tewaskanlah pemimpin2 yang menyeleweng wang rakyat dan gantikan dengan pemimpin yang ikhlas berjuang untuk rakyat.Amiinnn

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s