Negara Rugi RM495 Juta Setahun Akibat ‘Kebodohan’ Umno/BN Buat Kontrek Beli Gula !

KUALA LUMPUR, 15 Feb: Harga gula sedunia semakin turun tetapi kerajaan Umno Barisan Nasional telah mengimport gula dengan harga yang lebih tinggi, menambah beban dalam meningkatkan pembaziran wang rakyat.

Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua berkata, keputusan kerajaan Umno BN untuk mengimport gula pada harga US$26 per 100 paun sedangkan harga terakhir Disember 2011 adalah US$23.42 per 100 paun, menyebabkan kerugian besar dan menambah beban subsidi.

Katanya, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Pengguna dan Koperasi, Datuk Ismail Sabri telah mengumumkan awal bulan ini bahawa kerajaan telah memeterai kontrak 3 tahun untuk mengimport gula mentah pada harga US$26 untuk setiap 100 paun yang ditandatangani pada bulan lalu.

“Mengapa kerajaan menandatangani kontrak 3 tahun untuk membeli gula pada US$26 setiap 100 paun sedangkan harga terakhir yang diniagakan gula pada Disember 2011 adalah pada USD23.42 setiap 100 paun, iaitu 10 peratus di bawah harga belian kerajaan?” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, subsidi gula terpaksa ditambah bagi menanggung peningkatan kos sebagaimana yang diumumkan oleh Ismail, iaitu subsidi gula terpaksa dinaikkan daripada 20 sen kepada 54 sen sekilogram.

Ini bermakna kerajaan perlu membayar RM567 juta untuk subsidi gula tahun ini berbanding RM262.4 juta pada tahun lepas, dan kesilapan kerajaan membeli dengan harga yang tinggi akan membazirkan RM64 juta.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara hairan dengan keputusan kerajaan untuk ‘mengunci’ pada harga yang lebih tinggi sedangkan trend menunjukkan bahawa harga gula sedang jatuh.

Katanya, setelah mencapai harga puncak US$29.47 setiap 100 paun pada Julai 2011, harga gula telah turun secara konsisten setiap bulan, iaitu daripada US$28.88 pada Ogos kepada US$26.64 (September), US$26.30 (Oktober), US$24.52 (November) hinggalah kepada US$23.42 (Disember) setiap 100 paun.

Tambah beliau lagi, laporan media Bloomberg pada 5 Februari lalu memetik kenyataan Macquarie Group Ltd bahawa harga gula akan jatuh lagi kepada 18 sen setiap paun kerana adanya lebihan untuk musim 2011-2012.

“Jika ini benar, maka Malaysia akan kehilangan RM491 juta setiap tahun. Jika kita telah membeli pada harga rendah dan bukannya menambah subsidi, Malaysia boleh mengurangkan subsidi gula tanpa meningkatkan harganya,” katanya.

Menurut Pua, Ismail dengan angkuhnya berkata, “saya ingatkan anda bahawa kerajaan adalah bijak” apabila telah mengumumkan perjanjian jangka panjang yang akan membazirkan wang rakyat itu.

“Apa yang dilihat sekarang ialah kerajaan Umno BN kelihatan bodoh dalam percubaannya untuk tunjuk pandai dan ianya akan membebankan pembayar cukai beratus-ratus juta ringgit dan itu tidak sepatutnya berlaku,” tambah beliau.

Beliau turut mempertikaikan mengapa kerajaan yang mengunakan wang rakyat yang perlu mengimport sendiri gula mentah sedangkan ia patut dilakukan oleh Malaysian Sugar Manufacturing Bhd dan Tradewinds Bhd pada harga yang paling rendah.

Menurutnya, kedua-dua syarikat itu perlu melaksanakan tanggungjawab mereka dan bukannya diberi keistimewaan serta perlindungan oleh kerajaan Umno BN daripada menghadapi risiko pasaran.

harakahdaily

One thought on “Negara Rugi RM495 Juta Setahun Akibat ‘Kebodohan’ Umno/BN Buat Kontrek Beli Gula !

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s