Skandal Tajudin/Danaharta – Apakah Tajudin Ramli Tidak Perlu Bayar Danaharta RM589.4 Juta?

Ini mungkin suatu kes yang amat membingungkan rakyat Malaysia.  Kerajaan melalui Danaharta yang sudah pun memenangi kes tuntutan bayaran rm589.4 juta daripada Tan Sri Tajudin Ramli kemudian membuat penyelesaian kes ini diluar makamah?

Apabila Mahkamah Tinggi pada tahun 2009 mengarahkan  Tan Sri Tajudin Ramli membayar rm589.4 juta kepada Danaharta Berhad bermakna Danaharta sudah pun memenangi kes ini.

Sepatutnya Danaharta teruskan sahaja kes ini yang sudah pun dibawa ke Mahkamah Rayuan dan bukan menyelesaikan kes ini diluar mahkamah kerana wang rm589.4 juta ini adalah duit rakyat dan harus diselesaikan dengan penuh amanah dan bertanggungjawab oleh pihak Danaharta Berhad!

Beginilah caranya Umno/BN memperbodohkan rakyat Malaysia, bagi menyelamatkan kroni mereka, Tajudin Ramli  daripada membayar rm589.4 kepada Danaharta Berhad bermakna rakyat akan menanggung segala kerugian akibat dari skandal ini!

petikan dari harakahdaily:

KUALA LUMPUR, 15 Feb: Pelbagai pihak tertanya-tanya bagaimanakah caranya penyelesaian dibuat antara syarikat kerajaan Pengurusan Danaharta Berhad (Danaharta) dengan bekas Pengerusi MAS, Tan Sri Tajudin Ramli.

Ini kerana, ia melibatkan jumlah wang yang besar iaitu RM589.14 juta wang yang diarahkan oleh mahkamah agar dibayar oleh Tajudin kepada Danaharta sebelum ini.

Ia berlaku di Mahkamah Rayuan semalam apabila Peguam Tajudin, Lim Kean Leong berkata, anakguamnya bersetuju untuk menarik balik semua 27 rayuan, 11 antaranya terhadap Danaharta.

“Dan dia (Tajudin) berharap, semua kos akan ditanggung oleh pihak yang berkenaan,” Lim memberitahu mahkamah berikutan persetujuan antara Tajudin dan Danaharta yang bersetuju untuk menanggung kos masing-masing.

Penolong Setiausaha Agung PAS, Dr Syed Azman Ahmad Nawawi dalam kenyataannya mempertikaikan penyelesaian ini.

“Adakah ini satu lagi skandal? Apa isi penyelesaiannya? Sila jelaskan maklumat terperinci kepada rakyat,” kata beliau melalui Twitternya.

Pada tahun 2009, Danaharta serta dua anak syarikatnya berjaya dalam saman RM589.14 mereka terhadap Tajudin di Mahkamah Tinggi.

Ogos 2011, media melaporkan, kerajaan telah mengarahkan semua anak-anak syarikatnya (GLC) agar menggugurkan semua tuntutan mereka terhadap Tajuddin, anak didik bekas bendahari Umno, Tun Daim Zainudin ini.

Dalam surat yang dihantar oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, semua GLC dan Danaharta diberitahu, Kementerian Kewangan telah bersetuju untuk menyelesaikan semua saman terhadap Tajudin di luar mahkamah.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, terserah kepada rakyat negara ini untuk membuat keputusan samada penyelesaian di luar mahmamah satu usaha untuk menutup kes ini.

“Ini negara demokratik. Jika kamu fikir kerajaan cuba menyapu perkara ini ke bawah permaidani, kamu boleh tidak menyokong kerajaan dalam pilihan raya umum akan datang,” kata Mahathir di Universiti Perdana.

Advertisements

One thought on “Skandal Tajudin/Danaharta – Apakah Tajudin Ramli Tidak Perlu Bayar Danaharta RM589.4 Juta?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s