Skim Kesihatan 1 Care – Kemana Hilang RM50 Bilion Dana Perubatan Dalam KWSP ?

KUALA LUMPUR 13 Febuari: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mempersoalkan ke mana hilangnya kira-kira RM50 bilion dana yang disimpan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja untuk tujuan kesihatan dan perubatan.

Beliau berkata demikian mengulas cadangan kerajaan untuk mewujudkan sistem kesihatan nasional 1 Care, yang akan memotong 10 peratus daripada pendapatan rakyat.

“Sekiranya 1Care berjaya mengumpul dana yang besar, kita bimbang ia akan menjadi institusi mengumpul dana untuk tampung dana kerajaan.

“Nak keluarkan EPF bagi tujuan kesihatan pun bukan senang. Ia membuktikan kegagalan EPF. Sebab itu kerajaan perlukan sistem baru untuk mendapat dana seperti skim kesihatan 1 Care, sedangkan dana untuk perubatan dalam EPF sudah ada,” ujarnya.

Beliau mempersolkan tujuan dana kesihatan itu diwujudkan dalam akaun 2 KWSP, sedangkan kerajaan pula mahu mengorek wang dari tabung baru bagi tujuan sama.

“Skim kesihatan 1 Care mendapat bantahan semua persatuan doktor dan perubatan di Malaysia. Satu syarikat akan mengambil alih untuk menguruskan wang bagi pihak rakyat bagi dana kesihatan. Mana perginya peruntukan untuk tujuan kesihatan dalam KWSP,” katanya yang akan membangkitkan persoalan itu di sidang dewan rakyat akan datang.

Baru-baru ini, Ahli Parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong mencadangkan Jawatankuasa Terpilih Parlimen (PSC) dibentuk untuk mengkaji skim berkenaan.

Ini kerana katanya, skim tersebut merupakan percubaan pertama selepas beberapa dekad untuk pemotongan pendapatan pekerja sejak pengenalan KWSP pada 1951 dan Akta Keselamatan Sosial Pekerja (Perkeso dan Socso) pada 1969.

Timbalan Pengarah Kesihatan, Unit Kewangan Nasional, Dr Rozita Halina Hussein sebelum ini berkata 1 care akan diwajibkan dan pekerja swasta akan diberi pilihan sama ada menyertai skim berkenaan atau tidak.

1 care menimbulkan kemarahan pengamal perubatan dan orang ramai yang dipaksa menyumbangkan 10 peratus pendapatan bulanan mereka kepada agensi pengumpul dana kesihatan yang dilantik kerajaan.

keadilandaily

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s