Skandal Jamil Khir Salah Guna Wang Zakat – Yayasan Taqwa Mohon RM1 Juta, Jamil Khir Lulus Rm4 Juta ?

KUALA LUMPUR, 13 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia mempersoalkan bagaimana orang yang sama iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir yang merupakan Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan memegang jawatan Pemegang Amanah Yayasan Taqwa boleh memohon dan meluluskan peruntukan dari Baitulmal MAIWP.

Ketuanya, Nasrudin Hassan pada sidang media di Ibu Pejabat PAS mendakwa, perkara tersebut menimbulkan persoalan bagaimana jumlah permohonan berjumlah RM1 juta tetapi diluluskan RM4 juta itu dilakukan oleh Jamil Khir yang merupakan pemohon serta yang meluluskan permohonan tersebut.

“Persoalan ini perlu dijawab dan kami mahu Jamil Khir menjelaskan perkara tersebut yang telah menimbulkan tanda tanya bagaimana beliau yang juga merupakan Pengerusi MAIWP dan juga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa boleh meluluskan permohonan tersebut.

“Dalam pada itu juga permohonan yang dibuat oleh Yayasan Taqwa haya RM1 juta tetapi kelulusan dari Baitulmal MAIWP adalah sebanyak RM4 juta,” jelasnya.

Dalam pada itu, Nasrudin berkata Yayasan Taqwa jua mendakwa bahawa RM2 juta yang dibelanjakan untuk pengurusan bukan sekadar perbelanjaan pengurusan tetapi meliputi semua perbelanjaan pentadbiran dan pengurusan program.

“Kita melihat perincian perbelanjaan tersebut telah diperakui dan disahkan mengikut skim mahupun peraturan yang ditetapkan malah ia diperakui oleh semakan audit.

“Tetapi demi kepentingan pembayar zakat dan sensitiviti seluruh umat Islam maka kita hari ini turut mendesak agar Jamil Khir membuat pendedahan secara terperinci perbelanjaan pengurusan RM2 juta itu, tindakan ini adalah sebagai menghapuskan keraguan yang timbul,” katanya lagi.

Katanya lagi, untuk apa diwujudkan Yayasan Taqwa kerana pada masa sekarang peranan MAIWP dalam urusan menyampai bantuan zakat sudah mencukupi apatah lagi dengan bantuan kakitangan yang cekap dalam urusan tersebut termasuk segala maklumat penerima yang ada.

“Kita melihat permohonan RM4 juta itu kalau diberikan kepada mereka yang layak menerima zakat sudah tentu lebih ramai dapat merasakannya tetapi wang tersebut disalurkan kepada sebuah yayasan yang dilihat mempunyai kepentingan peribadi.

“Malah perbelanjaan RM2 juta itu juga satu yang besar, kalau dikira berapa ramai penerima zakat dapat menikmati wang tersebut jika ia disalurkan melalui sebuah badan yang layak,” sambungnya lagi.

Dalam masa yang sama Dewan Pemuda PAS Pusat juga ingin penjelasan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri atas tujuan apakah Yayasan Taqwa yang berada di bawah MAIWP itu ditubuhkan sedangkan sebelum ini segala urusan mengenai zakat telah dilakukakan oleh pihak Baitumal MAIWP.

harkahdaily

Share

One thought on “Skandal Jamil Khir Salah Guna Wang Zakat – Yayasan Taqwa Mohon RM1 Juta, Jamil Khir Lulus Rm4 Juta ?

  1. MAIWP nafi salur peruntukan lebih RM3 juta–http://malaysiakini.com/news/189138

    Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menafikan dakwaan Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan bahawa pihaknya memberikan peruntukan lebih RM3 juta daripada yang dipohon sebuah yayasan.

    Ketua pegawai esksekutifnya Dr Muhammad Yamin Ismail berkata, setelah menerima permohonan RM8.81 juta daripada Yayasan Taqwa pada tahun lalu, RM4 juta diluluskan.

    Tambahnya, ketua-dua pembayaran akan dibuat secara berperingkat pada Jun (RM3 juta) dan November tahun lalu (RM1 juta).

    “Oleh yang demikian, dakwaan MAIWP telah meluluskan peruntukan melebihi daripada permohonan yang dibuat tidak pernah berlaku dan menggambarkan sikap Nasrudin yang suka membuat tuduhan melulu tanpa pemerhatian yang mendalam,” katanya.

    Nasrudin semalam dilaporkan mendakwa Yayasan Taqwa menerima wang zakat RM4 juta dari MAIWP tahun lalu walaupun hanya meminta RM1 juta.

    Sambil meminta penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Nasrudin mendakwa Yayasan Taqwa memohon RM1 juta pada November lalu tetapi RM4 juta diluluskan.

    Ketua dewan itu juga dilaporkan berkata jumlah itu meragukan.

    Sementara itu, Yayasan Taqwa pula dalam kenyataannya lewat petang ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Nasrudin yang disifatkan liar, tidak berasas dan bermotif jahat untuk menghilangkan keyakinan terhadapnya kredibilitinya dan MAIWP.

    “Sekali lagi pihak Yayasan Taqwa ingin menyeru dan amat berharap agar pihak yang suka membuat tohmahan/dakwaan yang tak berasas ini membuat satu kaji selidik yang lebih mendalam dan mendapatkan sumber-sumber maklumat yang sah sebelum membuat apa-apa kenyataan umum,” kata pengurus besarnya Ahmad Ayob Ibrahim.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s