ISA SAMAD Salah Guna Duit FELDA RM353,000 Dan Isterinya Guna RM17,875 Buat Rumah Terbuka ?

KUALA LUMPUR, 11 Feb: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) hari ini mendakwa Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad menyalahgunakan wang Felda sejumlah RM353,375 bagi mengadakan rumah terbuka Aidilfitri, September tahun lalu.

Presidennya, Mazlan Aliman berkata, Isa tidak mengadakan rumah terbuka di Ibu Pejabat Felda seperti kebiasaannya, sebaliknya memilih untuk mengadakannya di kediamannya di Port Dickson.

“Sepatutnya Felda mengadakan rumah terbuka di ibu pejabatnya dengan kos lebih kurang RM30 ribu.

“Tapi Tan Sri Isa buat di kediaman sendiri. Jadi sudah tentu memerlukan peruntukan yang banyak untuk tujuan pengangkutan dan sebagainya, dan dia guna duit Felda, sudah tentu duit peneroka,” kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut, hari ini.

Selain itu, turut dipersoal isteri Isa, Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid yang juga mengadakan rumah terbuka, juga menggunakan duit Felda.

Umno Khianati Peneroka Felda – Pelawa Syarikat Yahudi Louis Dreyfus Memiliki Saham FGVHKlik Disini

Kos rumah terbuka tersebut mencecah RM17,875 dan diadakan di Taman Fatimah, Kuala Pilah.

“Apa gunanya isteri dia buat rumah terbuka guna anam sendiri dan peruntukan Felda? Sepatutnya cukuplah pengerusi Felda sahaja yang buat,” katanya.

Sehubungan itu, Anak menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan tersebut.

“Kami akan buat laporan ke SPRM dan SPRM dapat menyiasat perkara ini,” katanya.

harakahdaily

Share

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s