UMNO Khianati Peneroka – Minyak Sawit FELDA Dieksport Ke Negara Haram ISRAEL ?

KUALA LUMPUR 9 Feb: Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendedahkan bahawa salah satu syarikat yang menghantar minyak kelapa sawit ke Israel, ada kaitan dengan Felda.

Semalam, Badrul mengadakan sidang media di Komtar Pulau Pinang, menunjukkan dokumen membuktikan wujud hubungan dagang secara terus dengan Israel melibatkan syarikat Malaysia.

Dua dokumen itu, katanya, melibatkan dua syarikat berpengkalan di Johor yang didapati menghantar minyak sawit dari Pasir Gudang dan Tanjung Pelepas terus ke Ashdod, iaitu pelabuhan terbesar Israel yang terletak 40 kilometer dari Tel Aviv.

“Melalui carian di laman rasmi salah satu syarikat tersebut ada kaitan dengan Felda. Persoalannya adakah minyak hasil sawit peneroka Felda turut terlibat dihantar ke Israel?,” kata Badrul atau Chegu Bard dalam satu kenyataan yang disiarkan di blog beliau.

Menurut Chegu Bard, hasil dokumen yang berjaya diakses menunjukkan tidak kurang dari 100 metrik tan minyak sawit yang dibekalkan ke Israel.

“SAMM yakin jumlahnya lebih dari itu kerana terdapat banyak penghantaran, tetapi sehingga kini SAMM cuma mempunyai dokumen membuktikan dua penghantaran dan menurut sumber ada lebih dari dua penghantaran setiap bulan.

“Rakyat sering didera dengan putus bekalan minyak sawit di pasaran tempatan tetapi dalam masa sama negara terus membekalkan minyak sawit lebih dari cukup untuk Israel,” ujarnya yang juga Ketua Cabang KEADILAN Rembau.

Chegu Bard turut mengecam media milik Umno dan pimpinannya yang memutar belitkan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu wawancara dengan Wall Street Journal pada 26 Januari lalu.

Bagaimanapun, kata Chegu Bard, hipokrasi kerajaan terdedah pada November tahun lalu melalui sidang dewan rakyat apabila Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa membangkitkan persoalan mengenai hubungan dagang Malaysia-Israel.

Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir kemudian mengakui hubungan dagang memang wujud tetapi hanya dagangan ‘terkawal’ melibatkan syarikat asing (Multi Nasional Company-MNC) yang beroperasi di negara ini.

Menurut Chegu Bard, tidak berpuas hati dengan jawapan itu, Er Teck Hwa bangun mencelah beberapa kali dengan menyebut hubungan dagang itu bukan transaksi biasa.

Teck Hwa mendedahkan kewujudan borang JK 69 yang mempunyai pengesahan kastam dan Miti yang menunjukkan syarikat yang beroperasi di Malaysia mengambil barang tidak siap dari Israel dan kemudian memasangnya di kilang di Malaysia.

Chegu bard berkata, panik dan tidak mampu menjawab pendedahan itu, maka akhirnya Er Teck Hwa diarahkan keluar dari dewan.

Sila baca : GEMPAR ! Malaysia Lantik Syarikat Yahudi ‘Israel Funding Corp’ Sebagai Ejen Edar Minyak Sawit ?

Share

One thought on “UMNO Khianati Peneroka – Minyak Sawit FELDA Dieksport Ke Negara Haram ISRAEL ?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s