GEMPAR ! Syarikat JOHOR Berdagang Dengan ISRAEL – Eksport Minyak Sawit Ke Negara Yahudi !

JOHOR 8 Feb: Ketika pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak mencanangkan slogan anti-Israel, kerajaan pula secara terang-terangan menjalinkan hubungan dagang dengan rejim itu.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin berkata, beliau ada bukti bahawa dua syarikat di Johor berdagang minyak kelapa sawit dengan rakan perniagaan mereka dari Israel.

Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard mendakwa minyak sawit itu dihantar ke sebuah pelabuhan terbesar di Israel, Ashdod.

Beliau juga mendakwa mempunyai borang Kastam dan pengesahan tempahan membabitkan syarikat-syarikat pengeksport minyak sawit di Johor untuk menyokong dakwaannya itu.

Menurut Chegu Bard, pihaknya juga mempunyai bukti bergambar bahawa pegawai kerajaan Israel telah datang ke Johor untuk memeriksa penghantaran minyak sawit sebelum dihantar kepada Israel.

Tegas beliau, hubungan dagang itu menyalahi undang-undang kerana negara tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, lapor Malaysiakini.com.

Dua syarikat tempatan itu adalah Mewaholeo Industries Sdn Bhd dan IOI Croklan Sdn Bhd terlibat dalam penjualan minyak sawit terus dari Johor ke Israel.

sila baca: Gempar! Malaysia Lantik Syarikat Israel ‘Israel Funding Corp’ sebagai ejen mengedar minyak sawit?

KEADILAN sebelum ini mendedahkan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak membayar RM77 juta setahun kepada Apco Wordwide, sebuah syarikat perunding perhubungan pro Zionis-Israil.

Syarikat itu juga dibayar untuk mengilhamkan slogan 1 Malaysia yang meniru konsep One Israel.

Pendedahan itu pada Mac tahun lalu menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga ahli parlimen Pakatan Rakyat digantung dari menghadiri sidang Dewan Rakyat hampir setengah tahun.

Sehingga kini, Najib juga didakwa masih mengupah bekas Pengarah Apco, Paul Stadlen sebagai pegawai media yang cukup penting dan berkhidmat di Jabatan Perdana Menteri.

keadilandaily

Share

One thought on “GEMPAR ! Syarikat JOHOR Berdagang Dengan ISRAEL – Eksport Minyak Sawit Ke Negara Yahudi !

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s