Skandal RM43 Juta Tuntutan Palsu Kontrek UMS – Pemimpin UMNO/BN Sabah Disiasat SPRM ?

SEORANG jurucakap Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengesahkan bahawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah datang ke kampus itu berhubung dakwaan tuntutan palsu melibatkan kontrak bernilai RM43 juta.

Beliau, bagaimanapun, tidak mengesahkan jika ada mana-mana fail diambil oleh para pegawai itu kecuali UMS akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dalam siasatannya.

Siasatan itu berhubung tuntutan palsu bagi kerja mekanikal dan penyelenggaraan elektrik di universiti berkenaan.

Dilaporkan di sebuah akhbar harian kebangsaan, seorang ahli politik Sabah berumur 41 tahun; iaitu scorang Datuk dan timbalan ketua bahagian UMNO, telah meninggalkan negeri ini apabila mengetahui pejabatnya diserbu ekoran dakwaan tuntutan palsu itu.

Lapuran itu menyebut, seorang Pengarah Jabatan UMS juga sedang disiasat dan pejabatnya juga diserbu pegawai SPRM.

Beliau juga dilaporkan telah meninggalkan negeri ini. Dua lelaki itu didakwa membuat tuntutan palsu walaupun tidak ada kerja dilakukan sejak kontrak itu diberikan 36 bulan lalu.

Siasatan SPRM mendedahkan tuntutan palsu itu juga turut melibatkan kampus UMS di Labuan.

Ketika dihubungi, Ketua Bahagian Umno Pénampang, Datuk John Ambrose menafikan yang beliau adalah ahli politik Sabah yang dilaporkan dikehendaki SPRM itu.

Ambrose, yang juga Presiden KDM Malaysia berkata, sudah tentu bukan beliau kerana beliau telah berumur lebih 50 tahun dan seorang Ketua Bahagian UMNO.

Harian Ekspres cuba menghubungi Naib Presiden merangkap Bendahari KDM Malaysiaut Daruk Peter Anthony untuk rnengesahkan perkara ini, tetapi beliau tidak dapat dihubungi dan dipercayai berada di KL.

Difahamkan, Peter mempunyai kontrak dengan institusi tersebut, bagaimanapun, tidak dapat dipastikan untuk apa dan berapa jumlahnya.

“Laporan itu tidak menyebut nama sesiapa dan tiada sesiapa pun daripada SPRM yang menghubungi saya,” kata Ambrose sambil menambah beliau juga berada di Kuala Lumpur.

Ambrose juga tidak berkata sama ada beliau terlibat dengan Peter dalam sebarang kontrak UMS atau tidak. Awal tahun lepas, kontrak UMS menjadi perkara dalam laporan polis yang dibuat oleh kontraktor yang tidak berpuas had dengan Ketua Jabatan UMS mengenai konflik kepentingan, antara lain.

Secara keseluruhan, UMS diperuntukkan antara RM600 juta dan RM800 juta untuk mengurus hal ehwalnya dan kontrak itu adalah untuk pelbagai perkara, termasuk kerja landskap, mekanikal dan penyelenggaraan elektrik.

SPRM dikatakan rnerekod kenyataan daripada beberapa saksi di dalam kes itu, termasuk kakitangan universiti.

“Datuk itu dikatakan campurtangan dalam pengurusan universiti dan didakwa memperolehi faedah daripadanya, ” seperti yang dilaporkan.

Laporan tersebut juga menyebut bahawa pihak berkuasa tahu mengenai lelaki itu dan mahu mereka menyerah diri atau ditahan. (DAILY EXPRESS)

sabahkini.net

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s