Dr Hasan Ali Dan JATI – UMNO Tubuh JATI Bagi Menarik Pengundi Melayu Kerana PERKASA GAGAL !

Baru-baru ini bukan main heboh lagi Dr. Hasan Ali kehulu kehilir menjaja ajenda kononnya mahu memperjuangkan Islam, Melayu dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu.

Saya percaya ramai penyokong PR serta orang awam tertanya-tanya apakah motif Dr. Hasan Ali serta siapakah dibelakangnya.

Hampir setiap hari TV3, media propaganda rejim fasis Najib, peruntukkan masa yang cukup panjang untuk Dr. Hasan Ali bagi membuat segala tohmahan terhadap musuh-musuh politiknya yang terdiri daripada PAS, PKR dan DAP.

Apabila TV3 mula memberi ruang dimedia mereka kepada seorang tokoh politik dari pembangkang maknanya orang ini sudah pun menjadi orang mereka (UMNO)

Dr. Hasan Ali kini mula mengaturkan ceramah2 penerangan beliau dan kita nak tahu, siapakah yang bertanggungjawab bagi mengaturkan segala urusan dan lojistik bagi mengadakan ceramah2 Dr. Hasan Ali?

Apakah Dr. Hasan Ali seorang diri dapat melakukan semua kerja2 ini.  Siapakah yang menanggung segala perbelanjaan2 bagi menjalankan program2 ini?

Siapakah yang menguruskan percetakan poster, banting dan pengumuman tentang program Dr. Hasan Ali diseluruh negara?

Siapakah yang menguruskan bas-bas yang mengangkut orang-orang Umno serta duit saku mereka bagi menyertai program Dr. Hasan Ali?  Jawapannya mudah saja – UMNO !

Umno sebelum ini telah mengasaskan PERKASA yang diketuai oleh Raja Katak Negara, Ibrahim Ali supaya membangkitkan semangat Islam, melayu dan kedaulatan Raja-Raja Melayu supaya pengundi-pengundi melayu tidak akan meninggalkan Umno dan menyokong Pakatan Rakyat.

Tetapi PERKASA Gagal memainkan peranannya.  Orang-orang melayu tidak mempercayai Ibrahim Ali dan PERKASA.  Orang-orang melayu kini kelihatan mula memberi sokongan mereka kepada PR termasuk dikubu kuat Umno di Felda-Felda !

Umno kemudiannya membentuk NGO HIMPUN yang juga mempunyai matlamat yang sama iaitu ajenda melayu dan Islam, cuma kali ini, bagi tambah ‘ummph’ lagi diselitkan pula isu murtad.

HIMPUN jelas nampak diperkudakan oleh Umno dan tidak dapat menarik ramai orang2 melayu ke program mereka yang bertemakan himpunan sejuta umat Islam yang biasanya dihadiri beberapa ribu orang sahaja yang kebanyakkannya diangkut dengan bas-bas yang dikelolakan oleh Umno.

Jadi, kini sampailah masa Dr. Hasan Ali memainkan peranan beliau bagi membalas jasa-jasa Umno yang banyak membantu beliau menghadapi ‘masaalah’ ekonomi beliau.

Atas arahan pimpinan Umno baru2 ini, Dr. Hasan Ali sebagai exco Hal Ehwal Agama Islam mula memporak perandakan Kerajaan Negeri Selangor serta Pakatan Rakyat, dimana akhirnya PAS tidak mempunyai pilihan lain kecuali memecat beliau.

Inilah yang ditunggu2 oleh Dr. Hasan Ali dan Umno sebab selepas itu Dr. Hasan Ali mempunyai alasan yang baik untuk membuat road-show kononya beliau dizalimi oleh Kerajaan Negeri Selangor dan PAS hanya kerana beliau pertahankan Islam!

Kali ini Umno pastikan Dr. Hasan Ali tidak menyertai Umno tetapi menggunakan platfom NGO bagi menakut-nakutkan orang-orang melayu supaya tidak menyokong gagasan Pakatan Rakyat kerana beliau mendakwa   seluruh umat Islam dinegara ini akan dimurtadkan!

Jadi, bukankah Umno yang akhirnya yang akan beruntung sekiranya kaum melayu dan Islam mula takut kepada ancaman murtad, kehilangan kuasa melayu dan Raja-Raja Melayu yang dicipta oleh Umno dan dijaja oleh Dr. Hasan Ali?

klik disini – Bukti-Bukti Dr. Hasan Ali Ditaja UMNO

Inilah saja cara yang ada bagi Umno mendapatkan semula sokongan orang2 melayu dengan mengharapkan rakyat Malaysia yang terdiri dari pada kaum melayu dan Islam akan mempercayai propaganda mereka.

Maka lahirlah JATI yang kononnya diasaskan oleh Dr. Hasan Ali, tapi kita semua sedar siapakah sebenarnya dibelakang NGO JATI!

NGO JATI ini disebut Dr. Hasan Ali akan menjadi  ‘kuasa ketiga’ dalam politik Malaysia dimana ia tidak menyokong mana-mana parti politik.  Tapi, yang peliknya, NGO yang tak memihak kepada mana2 parti politik,  BN mahu pun Pakatan Rakyat, hanya menghentam Pakatan Rakyat sahaja!

Yang dihentamnya adalah Anwar Ibrahim, Khalid Samad, DAP, PKR dan lain2 pemimpin Pakatan Rakyat, tapi tidak menyebut langsung salahguna kuasa, rasuah, kroni, merompak khazanah negara yang dilakukan oleh pemimpin Umno/BN!

Kita juga ingin tahu dari pemimpin NGO JATI ini, apakah pandangan beliau tentang Skandal NFC RM250 juta, keborosan Rosmah, Skandal 20 bilion di Kementah, hubungan perdagangan antara Malaysia-Israel, salahguna wang zakat oleh menteri Umno, skandal haji ‘marlboro’ Najib/Rosmah dan banyak lagi penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO/BN.

Kenapa Dr. Hasan Ali hanya menuding jari kepada Pakatan Rakyat dalam isu murtad?  Kenapa tidak menyoal Umno tentang isu murtad?  Apakah mereka tidak ada apa2 tanggungjawab dalam menangani isu tersebut?  Bukankah mereka yang memerintah Malaysia selama 52 tahun dan kenapakah masih ada lagi isu murtad?

Setiausaha Politik Lim Guan Eng, Zairil Khir Johari berkata dakwaan yang dilemparkan bekas exco agama Selangor Datuk Dr Hasan Ali ke atas Pakatan Rakyat khususnya DAP dalam ceramahnya mencerminkan perilaku beliau sebagai orang suruhan Umno.

Katanya, dakwaan Hasan Ali bahawa sekiranya Pakatan mengambil alih Putrajaya, DAP akan menggabungkan Malaysia dengan Singapura untuk menubuhkan negara republik.

“Malahan beliau juga mendakwa DAP akan memansuhkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dan menghapuskan elemen-elemen Islam di negara ini,” kata Zairil.

“Hasan Ali mendakwa beliau memperjuangkan Islam, tetapi apa yang keluar dari mulutnya bukan sahaja fitnah yang bahaya tetapi juga berunsur hasutan bertujuan untuk mengapi-apikan sentimen perkauman.

Bukankah sekarang Dr. Hasan Ali sedang menyalak sama seperti MP Kulim, Zulkifli Nordin dan yang lain-lain pemimpin yang pernah meninggalkan Pakatan Rakyat iaitu memburuk-burukkan Pakatan Rakyat dimana kita sedar mereka ini sudah pun ‘dibeli’ oleh Umno?

Umno dari awal lagi (selesai PRU Ke 12) sudah menjanjikan Dr. Hasan Ali dengan jawatan Menteri Besar Selangor  sekiranya beliau dapat membawa PAS bergabung dengan Umno bagi merampas Selangor.  Dr. Hasan Ali adalah Pesuruhjaya Pas Selangor dimasa itu.

Dr. Hasan Ali sangat kecewa apabila pimpinan PAS tidak menerima idea bergabung dengan Umno.  Beliau terlepas peluang menjawat jawatan nombor 1 di Selangor iaitu jawatan MB Selangor, suatu pencapaian tertinggi dalam karier politik beliau.

Itulah sebabnya beliau menuduh YB Khalid Samad sebagai ‘parasit’ dalam PAS kerana YB Khalid lah yang melawan habis-habisan supaya PAS tidak bergabung dengan Umno dimana kerana YB Khalid lah diantara punca beliau tidak dapat jadi MB Selangor.

Namun, Umno terus menjanjikan Jawatan MB Selangor kepada Dr. Hasan Ali  sekiranya beliau dapat merampas kembali Negeri Selangor dari Pakatan Rakyat.  Itulah sebabnya beliau mula menimbulkan berbagai masaalah kepada Kerajaan Negeri Selangor dan PAS dan akhirnya sampailah kemuncaknya apabila PAS memecat beliau.

Rakyat Malaysia terutamanya orang-orang melayu mestilah faham siapakah Dr. Hasan Ali ini dan apakah yang sedang beliau melakukan sekarang dan jangan anda tertipu!

Dan jangan lupa, Dr. Hasan Ali adalah seorang pakar motivasi, bermakna beliau arif tentang psikoloji manusia,  jadi ini akan digunakan oleh beliau sepenuhnya bagi mendapatkan simpati anda, berhati-hati, ABU!

decapucino

Sila Baca:

PAS SELANGOR DAN LEMBAGA DISIPLIN – DR HASAN ALI MESTI DIGUGURKAN!

HASAN ALI LIABILITI YANG PERLU UNDUR DAN PERGI

DR HASAN ALI DAN MUSLIHAT PUNCAK NIAGA MENAJA MUKTAMAR PAS!

Share

9 thoughts on “Dr Hasan Ali Dan JATI – UMNO Tubuh JATI Bagi Menarik Pengundi Melayu Kerana PERKASA GAGAL !

  1. penulis blog ni, ko islamke, ko x takut fitnah org…sikit2 salah umno…ko ingat pakatan hebatke..lu bodo..

  2. Tolonglah segala tektik2 ini dah berpuluh tahun dah….tv2 memainkan peranan utk golongan kg2 yg tidak tahu dunia luar Dan IT, tak tahu nak ckp apa lagi, kata nak membangun itu Dan ini, tapi pemikiran masih ditakuk lama, baik Dari segi pemerintahan dll lagi. Rasuah bermaharajalela, yg kaya terlalu kaya, yg miskin merempat dinegara sendiri, renung2 kan lah, GAJAH DGN GAJAH bertarung kancil mati ditengah2 GAJAH. SEDARLAH WAHAI RAKYAT MALAYSIA, BETAPA DUIT RAKYAT DIROMPAK UTK NAFSU SYAITAN, YG TIDAK TAKUT PEMBALASAN DARI ALLAH SWT

  3. Buatlah apa rancangan sekalipun, abad 2020 punya pemikiran org2 melayu tidak mudah lupa apa yg telah dibuat sekian lamanya PEMERINTAHAN ala2 MARCOS, sudah tibanya masanya SEMUA YG JAHAT TU DIHUMBAN KENERAKA JAHANAM, TOLONG BAGI LALUAN PEMIMPIN YG BENAR2 MENGIKUT ARAHAN ALLAH DAN RASUL, AMIN

  4. dalaaaa at least dr hassan ali ni ade buat summercamp utk mendidik menjadik pelajar cemerlang dulu n aku pergi, anwar ade buat apa? x habeh2 video lucah , ucapan pro yahudi, liwat , ingat jgn menyokong org yg salah, buat semyg istikharah dulu yeeee

  5. Ape yang ko dengki sangat Dr Hasan Ali join UMNO ke tubuh JATI ke tajaan UMNO ke..yang kau gelabah kenapa?takot PR kalah?kalau betul boleh menang tak perlu meroyan-royan kutuk orang yg dah berubah parti. Takot bayang-bayang sendiri.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s