UMNO MENIPU – Harga Gula Dunia Turun Sekitar RM69 (45 kg), Malaysia Beli Harga RM78 !

Setiausaha publisiti DAP Tony Pua menegaskan harga gula diseluruh dunia turun dan bukannya naik seperti yang didakwa Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri  lsmail Sabri Yaakob.

Berdasarkan laporan Malaysia Insider, Malaysia menandatangani kontrek jangka masa panjang bagi mengimport gula dengan harga sekitar rm78 (US$26) bagi 100 pound (lebih kurang 45 kg) pada hal harga pasaran gula dunia ialah RM69 (US$23)

Ini sangat membingungkan kita kerana sekiranya harga gula seluruh dunia menurun sepatutnya harga gula dinegara kita patut diturunkan juga!

Kalau benarlah harga gula seluruh dunia menurun, apakah jadahnya menteri umno ini menyibuk di media kononnya kerajaan umno/BN naikkan subsidi gula adalah kerana prihatin dan bertanggungjawab pada rakyat dan bukannya kerana PRU Ke13?

Apakah Umno/BN mahu perbodohkan rakyat?  Apakah umno/BN fikir rakyat akan memberikan undi kepada mereka berdasarkan temberang yang mereka buat ini ?

Bukankah selama ini kenaikkan harga bagi barang-barang keperluan harian rakyat termasuk gula ini sudah pun membebankan dan menyusahkan rakyat.

Jadi, sekiranya  benar subsidi gula kini dinaikkan dan juga benar bahawa harga gula sebenarnya menurun, maka siapakah yang akan menerima wang subsidi yang dinaikkan ini, dimana subsidi gula akan dibayar oleh kerajaan terus kepada pengimport gula?

Berdasarkan pada laporan Sabahkini.net, Kerajaan Umno/BN menaikkan subsidi gula dari rm243 juta kepada rm563 juta!

Yang akan beruntung berlipat kali ganda ini ialah pengimpot2 gula yang terdirinya dari syarikat-syarikat kroni Umno/BN iaitu Gula Padang Terap Sdn Bhd dan Central Sugar Refinery Sdn Bhd — kedua-duanya milik Tradewinds, Malayan Sugar Manufacturing Company (MSM) dan Kilang Gula Felda Perlis Sdn Bhd.

Wang bagi Umno/BN buat persiapan PRU ke 13, mungkin !

petikan dari malaysiakini:

DAP membidas kerajaan pimpinan BN kerana cuba memperbodohkan orang ramai dengan membuat dakwaan bahawa subsidi gula dinaikkan kerana harga dunia yang meningkat sedangkan hakikatnya harga gula di seluruh dunia turun sejak enam bulan yang lalu.

“Oleh yang demikian, dengan mengekalkan harga gula pada RM2.30, kerajaan sebenarnya telah memberi subsidi yang kurang, dan bukannya subsidi tambahan, seperti yang dengan bangganya didakwa oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri  lsmail Sabri Yaakob.

“Apakah lsmail Sabri cuba untuk menipu rakyat dengan mendakwa kononnya Malaysia telah meningkat lagi subsidi gula kerana harga bahan itu di seluruh dunia telah meningkat walaupun hakikatnya adalah sebaliknya?” kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua (kiri) dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk laporan akhbar Jumaat lalu, di mana menteri berkenaan mendakwa bahawa kerajaan menanggung subsidi yang kian meningkat iaitu daripada 20 sen kepada 54 sen sekilogram gula bagi mengekalkan harga pada RM2.30.

Dalam laporan akhbar The Star itu, Ismail Sabri memuji kerajaan kerana mampu mengekalkan harga gula walaupun pada hakikatnya bahawa “harga gula global terus melambung”.

Dalam menyangkal dakwaan itu, Pua berkata apa yang sangat menarik ialah harga gula global dalam tempoh enam bulan yang lalu sejak kenaikan harga terakhir pada bulan Mei 2011 sebenarnya telah turun dengan ketara dan tidak melambung.

– oleh decapucino

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s