Pemimpin UMNO/BN Menerima 30% Komisyen Dalam Setiap Pembelian Peralatan Pertahanan Negara ?

Pendedahan Wikileaks tentang kabel diplomatik antara Kedutaan Amerika di Malaysia dan di Washington telah mendakwa perolehan yang dibuat oleh Kementerian Pertahanan melibatkan komisyen rata-rata 30 peratus setiap pembelian.

Ia melibatkan ahli politik, agensi, pegawai kerajaan dan pegawai pertahanan, menurut laporan itu, kata Dr Dzulkefly yang juga AJK PAS Pusat.

Kedutaan Amerika itu juga mendapati bahawa pelbagai perolehan Kementerian Pertahan adalah tidak mematuhi peraturan perolehan (procurement rules).

Perolehan yang kerap dilakukan secara ‘runding terus’ atau ‘direct nego’, didakwa akan mengizinkan dana dibayar balik kepada ‘orang politik’ dalam setiap perolehan, katanya.

Menurut Dr Dzulkefly Ahmad, yang paling masyhur adalah bayaran RM570 juta yang dibuat kepada syarikat Perimekar, milik Datuk Abdul Razak Baginda, orang kepercayaan Najib yang memimpin pasukan pemikir Najib.

Di samping laporan Wikileaks itu, pertikaian yang telah pun menjadi kontroversi besar antara Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara (Tony Pua) dan Menteri Pertahanan melibatkan juga menjadi isu.

Ini berikutan kontrak pembelian enam naval kapal patrol, yang didakwa telah berubah harga sebanyak RM3 bilion selepas setahun iaitu dari RM6 bilion ke RM9 bilion.

Lebih terkini adalah pertikaian dalam projek “Network Centric Operation” atau “Operasi Rangkaian Sentrik” yang melibatkan kontrak pembelian secara runding terus kepada Sapura Secured Technologies Sdn Bhd yang bernilai RM2 bilion, katanya.

Kementerian Pertahanan juga, katanya, diakui pakar-pakar intergriti antarabangsa sebagai lubuk rasuah seperti yang ditegaskan oleh Jeremy Pope – tokoh tersohor dalam bidang Defence Procurement – Defence Budgeting.

“Yang kita tuntut adalah penubuhan sebuah Jawantankuasa Pemantau atau “Oversight Committee” yang akan dapat mengawal-selia seluruh tahap perolehan dari –‘tendering’- menentukan harga tender dan cara sehingga ‘contracting’ mestilah telus dan komplian kepada amalan ‘best practice’ antarabangsa,” katanya.

Beliau juga mendakwa, ada pegawai-pegawai tinggi tentera juga mempertikaikan kewajaran perolehan ini yang juga tidak mengikut prosedur sebenarnya.

harakahdaily

Share

5 thoughts on “Pemimpin UMNO/BN Menerima 30% Komisyen Dalam Setiap Pembelian Peralatan Pertahanan Negara ?

  1. AKu Dah xtau mane Betul..tu paSal org Yg mcm Aku BerJuta Byknya…Org Yg x PERCYA pd sape2..Thts Y aku X meNGundi..COz both parties doesnt bring Anything good To Us..

  2. Pendedahan wikileaks terhadap proses tender Kementerian Pertahanan Malaysia merupakakan propaganda barat terhadap negara-negara membangun seperti Malaysia. Ini merupakan taktik Amerika untuk mengalih pandangan dunia terhadap perlaksanaan kontrak yang dijalankan di Pentagon. Untuk maklumat lanjut sila bacahttp://amirawake.blogspot.com/2011/12/information-fallacy.html

    Sebagai kontraktor peralatan pertahanan, ada beberapa isu yang saya juga tidak berpuas hati tetapi masalah tidak akan selesai jika kita menuduh tanpa bukti. Saudara kata setiap peralatan pertahanan kontraktor perlu membayar 30% kepada pemimpin UMNO, akan tetapi saya tidak pernah mengagihkan keuntungan dengan pemimpim UMNO. Apa yang saya lihat masalah yang paling besar dengan penduduk dinegara ini adalah kita jarang mencermin diri sendiri. Those who favors to assign blame to others rather than to themselves will never improve. Don’t hate the player, hate the game!

  3. Jeremy Pope bukan tokoh tersohor didalam bidang Defence Procurement. Beliau adalah pengasas Transparency International (TI) yang berasal dari New Zealand. Walau bagaimanapun sejak kebelakangan ini, Corruption Perception Index (CPI) yang digunakan oleh Transparency International telah mendapat kritikan yang sangat hebat dari negara-negara barat. Di antara kritikan yang ditimbul adalah tentang perlaksanaan survey oleh TI.

    “The CPI relies heavily on “expert assessments” of corruption, representing the views of a small number of people. For the most part, these expert assessments are carried out by expatriates of the countries involved. Absolute objectivity is difficult to achieve, and most people naturally will be biased toward either a government or its opposition. To the extent that the expatriates making the assessments of corruption are members of particular economic or social groups, expert assessments of corruption may be biased.”Untuk maklumat lanjut sila baca Transparency International’s Corruption Perceptions Index: Whose Perceptions Are They Anyway? yang dikaji oleh Theresa Thompson and Anwar Shah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s