TNB Mengalami Kerugian Sebanyak RM224.7 Juta, Tarif Letrik Naik Selepas PRU Ke 13 ?

Utusan Malaysia telah melaporkan : Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini mengumumkan kerugian bersih sebanyak RM224.7 juta tempoh suku pertama berakhir 30 November 2011. Kerugian itu berpunca daripada peningkatan perbelanjaan operasi syarikat dari tahun ke tahun yang berpanjangan…..

Kerugian yang dialami Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan dijadikan justifikasi bagi mereka menaikkan lagi kadar tarif letrik diseluruh negara.  Namun, kita tak percaya sebarang kenaikkan akan dilakukan kerajaan Umno/BN sebelum PRU Ke 13.

Kali terakhir Kerajaan Umno/BN telah membenarkan syarikat milik kroni mereka TNB menaikkan kadar tarif letrik adalah pada pertengahan tahun 2011.

Kenaikkan kadar tarif letrik yang dijangka selepas berakhirnya PRU Ke 13 nanti pasti akan menyulitkan rakyat negara ini.

Bukan saja rakyat terpaksa membayar kadar letrik yang lebih tinggi, malah juga terpaksa menghadapi kenaikkan harga barang-barang keperluan harian yang juga akan naik akibat meningkatnya kadar tarif letrik.

Kita percaya bukan kadar tarif letrik sahaja yang akan naik, tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang menunggu sehingga selesainya PRU Ke 13 bagi menamatkan segala subsidi kerajaan yang dinikmati  rakyat sekarang.

Ini bermakna harga petrol juga akan naik dan banyak lagi harga barang-barang keperluan harian rakyat juga akan dinaikkan.

Namun yang melegakan kita sedikt ialah janji yang telah diberikan oleh Pakatan Rakyat bahawa sekiranya mereka dapat membentuk kerajaan selepas PRU Ke13 nanti, mereka akan menurunkan kadar tarif letrik dan juga harga petrol.

Tetapi itu hanya akan berlaku sekiranya pemimpin-pemimpin Umno/BN yang sekian lama telah ‘menghirup darah’ rakyat negara ini bagi mengkayakan diri mereka tewas dalam PRU Ke 13 nanti!

Jadi, rakyat Malaysia hendaklah memastikan Umno/BN tidak akan kembali ke Putrajaya selepas PRU Ke 13 nanti, wallahu a’lam.

saronglama

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s