UMNO Khianati Rakyat – Noh Omar Dan UMNO Selangor Sabotaj Kutipan Sampah Di Selangor !

SHAH ALAM, 4 Jan: PAS meminta agar Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar menghentikan segala sabotaj jika beliau ada rancangan untuk mengganggu kutipan sampah di Selangor.

Demikian kata Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib dalam satu sidang medianya di sini.

Turut serta dalam sidang media itu adalah Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei dan Jenice Lee, Setiausaha Publisiti DAP Negeri Selangor.

“Kita tahu isu sampah adalah rancangan sabotaj di mana Noh dan Umno Selangor didakwa terlibat, isu tersebut adalah sengaja ditimbulkan apabila kontrak Alam Flora telah ditamatkan oleh kerajaan negeri,” sambung beliau lagi.

Isu kutipan sampah menjadi hangat dalam media Umno sejak kebelakangan ini.

Ia bermula apabila kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk menamatkan kontrak pengutipan sampah dari Alam Flora selepas tidak berpuashati dengan kerjanya.

Buat sementara ini, anak syarikat kerajaan negeri Selangor di bawah Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB), Hebat Abadi Sdn Bhd telah diberikan amanah untuk menjalankan kerja-kerja ini di Shah Alam sehingga kontraktor yang kekal diperolehi.

Kerajaan Selangor memutuskan, kontraktor ini perlu diberikan kepada penender terbaik melalui tender terbuka untuk mempastikan kerja terbaik yang dibuat nanti bukannya orang kedua tetapi penerima kontrak berkenaan.

Pada hari pertama dan kedua kerja ini berjalan, iaitu pada 1 dan 2 Januari, Pengurus Besar Hebat Abadi, Ramli Mohd Tahir telah membuat tiga laporan polis ekoran kerja-kerja pemungutan sampah mereka diganggu.

(Salah satu salinan laporan polis yang dibuat oleh Ramli)

Pada 1 Januari, Ramli membuat laporan di Balai Polis Seksyen 11 bahawa kompaktor (lori pengangkut sampah) mereka telah ditahan dari memasuki jalan Seksyen 17/23 dekat sini.

Pada 2 Januari, Ramli membuat dua laporan polis lagi berkaitan perkara yang sama.

Dalam laporan itu, Ramli melaporkan, pada jam 11 pagi, kompaktor milik Cemerlang Endas Sdn Bhd ditahan dari memungut sampah di Seksyen 9.

Dalam satu lagi laporan polis, beliau berkata, pemilik syarikat Aminora Enterprise (kontraktor kepada Hebat Abadi) menerima panggilan telefon yang mengugut supaya mereka tidak memasuki Seksyen 7 untuk memungut sampah di situ.

“Saya bimbang akan ancaman ini kepada Kumpulan Darul Ehsan dan kontraktor kami memandangkan kami hanya syarikat yang diamanahkan bagi menyelesaikan masalah kutipan di kawasan ini,” kata Ramli dalam laporan polisnya.

Salinan semua laporan polis ini diserahkan kepada Harakahdaily oleh KDEB. –harakahdaily

SHAH ALAM, 4 JANUARI : Tindakan segelintir kontraktor yang menamatkan perkhidmatan kutipan sampah di Selangor bagi menyusahkan hidup penduduk dan memberi imej buruk kepada kerajaan negeri disyaki didalangi oleh Umno Selangor.

Menurut Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafie tuduhan Menteri Pertanian, Perikanan dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar bahawa kerajaan negeri tidak cekap mengurus kutipan sampah dibuat sebaik sahaja segelintir kontraktor memberhentikan kutipan secara mengejut.

Kontraktor tersebut bertindak memberhentikan perkhimatan dua minggu lebih awal daripada tarikh akhir kontrak mereka mengakibatkan longgokan sampah di kediaman.

“Terdapat kontraktor yang memberhentikan perkhidmatan kutipan sampah, terutama sampah domestik di beberapa kawasan terpilih.

“Kemudian diadakan aduan sepertimana yang tersiar dalam media beberapa hari yang lepas,” jelas Shuhaimi.

Tambah Shuhaimi, Umno Selangor mengarahkan sebilangan kontraktor yang rapat dengan mereka supaya tidak mengutip sampah di kawasan kediaman. Kemudian, aduan diadakan oleh penduduk untuk menampakan kerajaan negeri tidak memberi perkhidmatan kutipan sampah yang baik.

Bagi Adun Hulu Kelang, Saari Sungib, tindakan sabotaj ini menunjukkan Umno terdesak dan sanggup melakukan apa sahaja demi mencalar imej kerajaan negeri.

“Mereka sengaja tidak membuang sampah pada hari kutipan sampah dan kemudian membuat aduan kononnya sampah tidak dikutip.

“Dan ini adalah tindakan tidak waras memandangkan memberi kesan menyusahkan diri sendiri,” beritahu Saari kepada wartawan.

Tindakan kerajaan Negeri yang menamatkan perkhidmatan Alam Flora Sdn Bhd dilihat satu keputusan berani dan bijak demi menjimatkan wang negeri sebanyak RM20 juta setahun di samping dapat memberi lebih peruntukan kepada PBT untuk meningkatkan fasiliti dan perkhidmatan mereka kepada rakyat.

“Terma terbaru, kontraktor harus memperbaharui kontrak pembersihan sampah setiap tahun. Maka, jika kerja mereka tidak memuaskan rakyat berhak membuat aduan dan mereka menghadapi kemungkinan kontrak mereka di tamatkan,” terang Jenice Lee pula berkenaan syarat terbaru dikenakan kerajaan negeri.

selangorkini

Share

Advertisements

8 thoughts on “UMNO Khianati Rakyat – Noh Omar Dan UMNO Selangor Sabotaj Kutipan Sampah Di Selangor !

  1. bodoh… tak masuk akal… nk kutip sampah boleh kene ugut.. apa dah takde kerja ke nak mengekor pengutip sampah 24/7… klu mmg tak boleh perform cari je kontraktor lain… aku penduduk shah alam mmg tak puas hati sejak alam flora di tamatkan… sampah 2 tong besar sampai melimpah ruah… yg kat lantai dah macam 4 tong besar.. habis bersepah dikerjakan angjing… dah la angkat sebulan sekali… yg bersepah dikerjakan anjing tak disapu… apa korang igt kitorang takde kerja lain dari menyapu sampah tiap2 hari…

  2. Ape ke bodoh punya alasan ADUN ni? Tak kutip sampah dituduh pula rakyat yang tak keluarkan sampah masa hari kutipan.. tak ke bangang. Orang undi dia ingatkan perkhidmatan akan lebih baik.. Tapi bila dah tak reti buat tugas asas macam kutip sampah pergi tuduh orang lain pula. Sampah kat taman aku dah dua minggu lebih orang tak angkut, dah sampai berulat hancur dah. Sah taman aku tak undi lagi ADUN bangsat macam ni lagi dah kalau tak reti nak buat kerja.

  3. Aku betul betul heran la dgn masalah sampah kat shah alam ni…kenapa nak mengagong-agongkan sgt alam flora? ? Berapa ramai yang tahu alam flora pun bukannye buat sendiri keje dia… Dia pun sub kat org lain jugak la geng…makan atas angin! !! And sekarang lepas mbsa ambil alih bukan nye kontraktor lain yg buat malah kontraktor yg dulu jdi sub alam flora yg kini diserap oleh mbsa…
    Kontraktor2 ni pula adalah semua yg sudah dh lama dimanjakan oleh alam flora, seorang boleh ada 3 hingga 4 syarikat! !!! adil ake mcm tu. ..??? Itu yang kerajaan selangor nak hapuskan… Monopoli sesuatu kerja untuk kepentingan segolongan pihak… Masih ada ramai kat luar yg dari dulu x dapat peluang bekerja sebab geng-geng afsb dah control semua…
    APAKAH SALAH KALAU BUAT SISTEM OPEN TENDER? ????
    SALAH KE NAK MEMPERTIMBANGKAN PELUANG KERJA OPEN UTK SEMUA PIHAK? ????
    SALAH KE KALAU KERAJAAN JIMATKAN DUITNYG SEBELUM NI DIMAKAN ATAS ANGIN OLEH ALAM FLORA????

    TEPUK DADA TANYA SELERA GENG! !!! Siasat dulu apa punca masalah sampah timbul kat shah alam…. Jangan nak jadi mcm orang menyalak, kita menyalak, orang diam kita pun diam….

  4. kami di Balakong juga mengalami keadaan yang sama dimana hampir 3 minggu sampah tdk dikutip, tapi alhamdulillah, kini sudah ada lori-lori sampah kembali beroperasi seperti biasa. TQ Pakatan Rakyat Terbaik.

  5. kalau dulu pakatan rakyat kata alam flora tak perform.. abis skng perform sgt ke.? terus terang aku ckp alam flora yg terbaik buat kerja dibandingkan pengutip2 sampah yg susah sgt nk jumpa… sampai ulat sampah dah jadi lalat… tak pasal2 kakitagn mbsa jadi pengutip sampah percuma (relahati ke?) klu dulu wat gotong royong talipon alam flora akan datang hantar lori ngan tong sampah… skg nk tipon sapa?? politik tu politik gak… tapi klu skg ni sampai dh bersepah2 jgn salahkan org lain plak…

  6. Ya la tu alam flora baik sgt…sdgkan semua kontrak dia pun sub pada org lain… Org yg makan atas apa yg best sgt bro. ????? Sampah kat mana yg dh jadi ulat tu…?? Cuba cite ckit? ?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s