Skandal Zakat Datuk Jamil Khir – PKR Dedah Bukti Dokumen Salahguna RM63 Ribu Wang Zakat !

PETALING JAYA 11 Jan: KEADILAN  tampil mengemukakan bukti dakwaan salahguna wang zakat oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), yang dinafikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharum.

Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, bukti pertama ialah set dokumen daripada MAIWP sendiri termasuk baucer bayaran bertarikh 29 April 2010 sebanyak RM32,150.00.

Manakala bukti kedua merupakan surat Ketua Audit Negara, Tan Sri Dato’ Setia Ambrin Buang kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Negara, Datuk Seri Azmi Khalid yang mengesahkan RM63,650 wang zakat digunakan bagi membayar kos guaman MAIWP.

Jumlah itu, kata Nik Nazmi merangkumi bayaran pertama sebanyak RM31,500 pada 9 Februari 2010 dan RM32,150 yang tercatat di dalam baucer tersebut.

Bukti dalam dokumen itu termasuk tandatangan dari Setiausaha MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali yang meluluskan wang zakat itu untuk dibayar kepada syarikat guaman Zainul Rijal Talha dan Amir bertarikh 28 Januari 2010.

Jamil, Che Mat dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain melantik syarikat itu bagi mewakili mereka dalam kes tuntutan qazaf  bertujuan menghalang kes melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibicarakan di Mahkamah Syariah

“Jamil Khir berkali-kali menegaskan bahawa MAIWP mempunyai peruntukan daripada kerajaan sebanyak RM700,000 bagi menampung pelbagai pembayaran termasuk kos guaman.

“Namun Laporan Ketua Audit menyebut bahawa MAIWP hanya memulangkan wang tersebut pada Disember 2010, kira-kira enam bulan selepas peruntukan tersebut disalurkan ke dalam MAIWP.

“Jamil langsung tidak menyebut tentang hal ini,” kata beliau dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Menurut Nik Nazmi, beliau juga ingin membetulkan laporan Utusan Malaysia, 4 Januari lalu yang memetik Bahagian Hal Ehwal Korporat Jabatan Audit Negara, bahawa isu salahguna zakat itu tidak dilaporkan di dalam Laporan Ketua Audit Negara 2010.

“KEADILAN tidak pernah mendakwa demikian, sebaliknya kami merujuk kepada surat Ketua Audit Negara kepada Jawatankuasa Kira-Kira Negara seperti tertera,”tegas beliau.

Katanya lagi, KEADILAN memandang serius isu penyalahgunaan institusi penting umat Islam itu dan beliau sendiri akan membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi, berkaitan isu itu, esok.

keadilandaily

Share

2 thoughts on “Skandal Zakat Datuk Jamil Khir – PKR Dedah Bukti Dokumen Salahguna RM63 Ribu Wang Zakat !

  1. apabila zakit di tadbir oleh mereka yang tak amanah dan tak kuat imannya, inilah yang akan terjadi……

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s