Menteri UMNO/BN Dan MAHB Bertanggungjawab Kenaikkan Kos KLIA2 Dari RM1.7 Bil Kepada RM3.9 Bil !

KUALA LUMPUR, 4 JAN – Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha dan Malaysian Airports Holdings Berhad (MAHB) bertanggungjawab terhadap kemelut pembinaan Lapangan Terbang Tambang Murah (KLIA2) yang mana kos peralihan tapak memakan hampir RM3.9 bilion berbanding pelan asal iaitu RM1.7 bilion.

Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua berkata, Kong dan MAHB perlu segera menjelaskan kepada rakyat kerana tapak berkenaan, selain merbahaya, juga merupakan satu lagi pembaziran dan ketidakcekapan kedua-dua pihak itu.

“Menteri itu sehingga sekarang gagal memberi sebarang komen berhubung isu ini. Jelas menunjukkan beliau lari dari tanggungjawab menjaga kepentingan awam,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara turut mengkritik MAHB yang ‘menyembunyikan’ maklumat mengenai tanah liat marin kepada kementerian ketika membentangkannya kepada Kementerian Kewangan pada Julai 2007.

“Ini telah menyebabkan kurangnya bantahan terhadap peralihan terminal kos rendah yang baru ke KLIA Barat.

“Hasilnya, MAHB yang merupakan anak syarikat Khazanah telah menyebabkan kos KLIA2 meningkat lebih daripada RM2 bilion dengan menggunakan wang dari pembayar cukai,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai respon terhadap kenyataan MAHB yang mendakwa beliau menggunakan Pelan Induk KLIA 1992, bukannya Pelan Induk Lapangan Terbang Kebangsaan 2008 (NAMP).

Justeru, Pua berkata, MAHB ketika membentangkan dokumen dan minit mesyuarat dengan Kementerian Kewangan telah ‘menyembunyikan’ fakta bahawa kos pembinaan KLIA2 akan meningkat kerana masalah tanah liat marin tepu yang telah pun dikenal pasti dalam Pelan Induk KLIA 1992.

Pelan Induk KLIA 1992 menyatakan, “Bahagian barat tapak (tapak KLIA2) terdiri daripada tanah liat marin dengan tindihan bahan gambut… Gabungan masalah perparitan dan jenis bahan bermakna bahawa bahagian barat itu mempunyai kualiti yang rendah  dan tidak sesuai untuk pembinaan lapangan terbang tanpa menjalankan langkah-langkah kejuruteraan yang penting untuk meningkatkan keupayaan galas beban…”

Pada 14 Disember lalu, Pua turut mempersoalkan sama ada MAHB dapat menjelaskan hutang sebanyak RM2.5 bilion pada tahun lepas bagi penambahan kos pembinaan KLIA2 itu tanpa menaikkan cukai lapangan terbang suatu hari nanti.

Menurut beliau lagi, terminal baru bahagian barat itu juga akan mempunyai dua menara peninjau dan landasan ketiga memerlukan kira-kira RM270 juta, jauh lebih dari pelan asal.

“Ini merupakan lapangan terbang moden pertama dengan dua menara peninjau yang berjarak dua kilometer,” katanya, menambah bahawa landasan ketiga juga memerlukan penangguhan dan mungkin tidak dapat digunakan sehingga April 2013 seperti yang dijadualkan siap.

– Roketkini.com

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s