DBKL Jadi Alat Syarikat Naza TTDI – Roboh Pasar TTDI Bagi Membina Kondominium Mewah ?

KUALA LUMPUR: Peniaga Pasar Besar Taman Tun Dr Ismail (TTDI) mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sama ada wujud  penyelewengan dalam perancangan untuk merobohkan kawasan itu.

Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) Mohd Ridzuan Abdullah berkata keraguan itu timbul apabila
DBKL yang sepatutnya berperanan membantu peniaga kini seperti menjadi satu ‘badan’ perniagaan jual beli tanah.

“DBKL sepatutnya membantu peniaga bukan jadi peniaga yang mahu jual tanah pasar ini dengan nilai  RM60 juta,” katanya kepada FMT.

Mohd Ridzuan berkata satu aduan kepada SPRM akan dibuat minggu depan disertai petisyen yang ditandatangani ribuan penduduk dan pengunjung Pasar Besar TTDI dari  sekitar Kuala Lumpur.

Difahamkan, pasar yang sudah 25 tahun beroperasi dan menempatkan kira-kira 200 peniaga itu bakal dirobohkan dan digantikan dengan satu projek pembinaan kondominium mewah oleh Naza TTDI.

Sementara itu, Presiden Persatuan Peniaga Pasar Besar TTDI Jenny Loo berkata pihaknya amat terkilan dengan tindakan DBKL yang enggan mengadakan sebarang dialog atau mengeluarkan notis kepada peniaga sebelum mengumumkannya di media.

Kecewa dan keliru

Loo berkata pihaknya sudah tiga kali menghantar surat kepada Datuk Bandar Tan Sri Ahmad Fuad Ismail bagi mendapatkan penjelasan sejak awal Disember namun masih tiada jawapan diterima.

“Kami bukan anti-pembangunan tetapi DBKL sepatutnya bertindak seperti anak jantan dengan memaklumkan kepada peniaga terlebih dahulu sebelum mengumumkannya di akhbar.

“Cara ini tidak betul seolah-olah kami tidak diberikan sebarang pilihan…kami kecewa dan keliru,” katanya.

Katanya, DBKL sepatutnya megekalkan pasar itu selepas bertindak merobohkan Pasar Besar Gombak, selain mempersoalkan projek ‘gajah putih’ Pasar Besar Datuk Keramat yang dibina sejak tahun 1999 namun masih tidak berfungsi sepenuhnya.

“Sewa tapak Pasar Datuk  Keramat RM300 sebulan tapi DBKL sudah bagi bagi diskaun sampai 50 peratus tetapi masih tiada lagi peniaga yang enggan berniaga disitu, ini yang patut dipersoalkan,” katanya.

Sebelum itu, beberapa peniaga dan persatuan penduduk mengadakan protes aman membantah perobohan pasar tersebut sambil mengumpul tandatangan daripada peniaga dan pengunjung untuk petisyen kepada DBKL dan SPRM.

freemalaysiatoday

Share

2 thoughts on “DBKL Jadi Alat Syarikat Naza TTDI – Roboh Pasar TTDI Bagi Membina Kondominium Mewah ?

  1. APA NAK JADI NI…. TAKKAN PASAR BESAR MACAM TU SEKALI, DBKL NAK ROBOH… TAK KAN BUAT PASAR BESAR MACAM TU, TIADA PERANCANGAN DARI AWAL KESAN BAIK BURUKNYA…. KALAU TIDAK PUN, DAKWA DULU SIAPA YANG BUAT PASAR BESAR NI…. SEBAB TAK BUAT KAJIAN AKAN KEBERKESANANNYA DULU SEBELUM BUAT….KALAU BETUL-BETUL NAK ROBOH, SILA LA ROBOH PASAR CHOW KIT… TERUK BETUL LA OTAK-OTAK MANUSIA PADA HARI INI…. APA YANG DIA ORANG FIKIR PUN TAK TAHU…. TERUK…. TERUK… TERUK… SEMUGA ALLAH S.W.T MEMBERI TAUFIK DAN HIDAYAH KEPADA MANUSIA-MANUSIA YANG TAMAK HALOBA INI…. HIDUP KAT DUNIA INI, MENYUSAHKAN SESAMA MANUSIA JE….. ALLAH HU AKHBAR… KAMU KENA INGAT, KAMU DENGAN PERANCANGAN KAMU, ALLAH TAALA DENGAN PERANCANGANNYA, TETAPI SUDAH TENTU PERANCANGAN ALLAH S.W.T YANG MENGATASI SEGALA-GALANYA….. WASSALAM..

  2. Pasar besar TTDI adalah salah satu Pasar Moden yang sangat disukai oleh pelanggan-pelanggan yang selalu berkunjung disini bukan saja bagi penduduk TTDI tetapi jangan terkejut mereka yang tinggal diSubang Jaya, Putra Jaya, Petaling Jaya, Rawang dan yg tinggal jauh sanggup datang ke sini setiap hari atau hujung minggu hanya untuk mencari barangan keperluan mereka walaupun kadangkalanya harganya lebih mahal dari diluar dan jauh dari tempat tinggal. Ini kerana kualiti barangannya lebih baik berbanding ditempat2 lain dan banyak kemudahan ada disini.

    Bagi peniaga-peniaganya pula, lot lot kedai disini boleh dikatakan hampir tiada dan ramai lagi yang beratur utk memohon mendapatkan kedai. Untuk mendapatkan kedai pula, peniaga terpaksa membuat rayuan berkali-kali di Pejabat DBKL sehinggalah permohonan berjaya. Setengah2nya terpaksa menunggu 2 hingga 6 tahun. Jadi isu nak merobohkan pasar ini tentulah menyedihkan pihak peniaga. Bayangkanlah apalah nasib peniaga disini jika periok nasi mereka dikosongkan. Bagaimana dengan perbelanjaan harian keluar, hutang kredit kad, pinjaman perniagaan MARA, Tekun, Agrobank dan lain-lain. Bagaimana nak menyelesaikan semua itu..?..Tiada lagi Pasar Tradisional yang tinggal lagi. Dimana kebajikan rakyat lagi. Janganlah alasan pembangunan untuk mengaut keuntungan menjadi agenda utama. Rasailah perasaan peniaga-peniaga yang membanting tulang dari jam 3 pagi untuk mencari sesuap nasi…..Banyak lagi peniagaan diluar sana yang boleh mendatangkan keuntungan dari menutup rezeki mereka-mereka yang berniaga…. Baiklah atas dasar apa tujuan ini hendak dibuat? Keuntungan dan komision pihak atas atau pihak org tengah? OK robohkanlah pasar dan biarkan peniaga terkapai-kapai? Aniayalah mereka….TAPI ingat jangan kita menganiya orang lain untuk mengaut keuntungan…kerana jangan lupa Allah tu maha maha Agung dan besar Kalau peniaga-peniaga ini suffer kerana peniagaan ditutup akibat Pasar ini dirobohkan….BAYANGKAN KALAU DUIT UNTUNG BERJUTA MASUK POKET…….jangan lupa kalau ALLAH akan timpakan bala dengan doa org yang teraniya DIA tutupkan tekak kita yg menganiya org lain dengan Penyakit barulah sedar bahawa DUIT berjuta pun tak berguna kalau hidangan lazat didepan matapun tak boleh masuk kedalam tekak tu kerana penganiayaan seperti ini amat kejam bagi mereka yang membanting tulang siang malam mencari rezeki……Waktu itu tengok sajalah duit didepan mata tapi kalau terlantar sakit satu bendapun dah tak bermakna……RENUNGKAN LAH…..!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s