Kerajaan UMNO/BN Bayar RM11.3 Juta Kepada ‘Ejen’ Bagi Pembelian 6 Kapal SPGV TLDM !

PETALING JAYA: Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim hari ini menuntut penjelasan mengenai keperluan kerajaan untuk mengupah perunding bagi pembelian kapal  pertahanan, terutamanya bagi pembelian enam kapal peronda SGPV baru-baru ini.

Zaid, Presiden Kita, berkata sebanyak RM11.3 juta telah dibayar kepada firma-firma perundingan ke atas pembelian kapal tersebut dalam urus niaga yang diselubungi penuh dengan rahsia dimana ia melibatkan wang pembayar cukai.

Dokumen-dokumen yang disediakan oleh Zaid menunjukkan Boustead Naval Shipyard, bekas kontraktor pertahanan kerajaan yang kini sudah diswastakan, telah membayar yuran kepada firma-firma Eropah bagi “penilaian teknikal”  melalui akaun di Singapura.

Bekas menteri itu percaya mengupah “ejen” untuk membeli peralatan ketenteraan bukanlah suatu keperluan tetapi mungkin ia adalah “saliran rasuah” bagi wang yang diperolehi melalui sogokan.

“Mengapa perlu mengupah ejen? Kita dengan mudah dapat menyelamatkan (berjuta-juta) jika kita membiarkan pengguna (tentera) sendiri membuat keputusan mengenai apa yang mereka perlukan,”katanya kepada pemberita di sini.

Pentadbiran Najib baru-baru ini dikritik kerana kos yang semakin meningkat bagi pembelian  SPGV – dari RM6 bilion kepada RM9 bilion dalam kontrak yang didakwa penuh dengan percanggahan,  dimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah berjanji untuk memastikan akauntabiliti dalam kaedah perbelanjaan oleh  kerajaan.

-sumber malumat – freemalaysiatoday

Share

2 thoughts on “Kerajaan UMNO/BN Bayar RM11.3 Juta Kepada ‘Ejen’ Bagi Pembelian 6 Kapal SPGV TLDM !

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s