Kebebalan Menteri Umno – Zahid Mahu Beli 6 Buah Kapal LCS Harga RM9 Bil Pada Hal US Pun Hanya Miliki 2 !

KUALA LUMPUR, 19 Dis: Kerajaan dicadangkan menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen bagi menilai pembelian kerajaan terutamanya untuk pertahanan negara agar ia tidak lagi dibincang secara umum.

(Salah sebuah kapal LCS milik Amerika sekarang…Amerika hanya ada dua, Malaysia mahu membeli enam buah kapal jenis ini)

Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, beliau tidak akan berhenti untuk mendedahkan kepincangan dalam pembelian kerajaan selagi ia berlaku walaupun dituduh ‘membahayakan keselamatan negara’.

“Jika begitu, kerajaan kena tubuhkan satu Jawatankuasa Khas Parlimen untuk membincangkannya, jika tidak kita kena bincang di depan publik,” kata Tony daalm sessi dialog khas di majlis ‘Dr Dzul Inperson: Night to remember’ malam tadi.

Harga naik 50% dalam setahun

Di majlis itu, Tony Pua sekali lagi mendedahkan kepincangan dalam perbelanjaan kerajaan untuk membeli kelengkapan pertahanan negara.

Pada 6 Februari tahun, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid mengumumkan kerajaan meluluskan RM6 bilion kepada Tentera Laut Diraja Malaysia untuk membeli enam unit second generation patrol vessels yang akan dibina oleh  Boustead Naval Shipyards.

Ketika mempertahankan harganya yang mahal, Zahid berkata, kapal ini bukan jenis yang biasa tetapi sangat advance dan dikenali dengan nama “littoral combatant ships” (LCS).

Pada bulan Mac lalu, Zahid berkata, kapal ini besar dan cepat dan dilengkapi dengan senjata ‘tiga dimensi’ iaitu boleh menembak kapal terbang musuh di udara, kapal di laut dan kapal selam di dalam air.

Amerika ada 2, kita mahu 6

Menurut Tony Pua (gambar) , hanya Amerika sahaja mempunyai kapal jenis ini.

“Amerika hanya ada dua buah sahaja iaitu USS Independence dan USS Freedom, sedangkan kita mahu membeli enam buah,” kata Tony.

Yang memeranjatkan lagi, katanya, harga kapal ini tidak muktamad lagi pada bulan February ketika kontrak ini ditandatangani.

“Namun ia memeranjatkan apabila Boustead memaklumkan kepada Busra Malaysia bahawa mereka telah menandatangani satu kontrak minggu lalu bernilai RM9 bilion iaitu 50 peratus lebih tinggi dari yang diluluskan oleh kerejaan awal tahun ini,” katanya.

Sehubungan itu, beliau meminta Zahid khasnya menjelaskan kenapa harga setiap kapal ini meningkat RM500 juta setiap satu atau RM3 bilion keseluruhannya.

Beliau juga mempertikaikan apa pengalaman yang ada pada syarikat ini untuk membina kapal secanggih itu.

Boustead Naval Shipyard, sebelum ini yang dikenali dengan nama PSC Naval Dockyards pernah membuat  enam naval patrol vessels dengan harga RM6.75 billion atau 26.2% lebih tinggi harganya berbanding dengan kontrak asal yang berharga  RM5.35 billion.

Kapal itu juga diserahkan dua tahun lebih lewat dari masa yang dijadualkan di samping ratusan kelemahan padanya, tambah beliau.

harakahdaily

Share

One thought on “Kebebalan Menteri Umno – Zahid Mahu Beli 6 Buah Kapal LCS Harga RM9 Bil Pada Hal US Pun Hanya Miliki 2 !

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s