Isu Skandal NFC – Tanah Putrajaya Yang Dibeli NFC RM3.3 Juta Tapi Nama Di Bawah Putrajaya Holding !

KUALA LUMPUR 19 Dis: NGO Jingga 13  mempersoalkan status tanah yang didakwa telah dibeli oleh National Feedlot Corporation (NFC) milik keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil di Putrajaya, yang masih diletakkan atas nama Putrajaya Holding.

Semalam, Jingga 13 yang dipengerusi oleh Fariz Musa telah membuat lawatan di dua lot tanah tersebut dan mendapati status tanah berkenaan masih belum ditukar.

“Kenapa tanah tersebut masih belum ditukar nama sedangkan pengeluaran wang sejumlah RM3,363,507 disalurkan melalui National Meat Live Stock (NMLC) membeli dua bidang tanah tersebut?

“Adakah benar-benar wujud pembelian atau hanya lah langkah bertujuan mengeluarkan wang tanpa membeli tanah tersebut?,” kata beliau pada satu kenyataan.

Jingga 13 turut mempersoalkan ketelusan pihak polis dalam penyiasatan berkaitan pendedahan KEADILAN mengenai penyelewengan dana Kerajaan RM250 juta dalam  Skandal berkenaan.

Ini ekoran kenyataan Timbalan Ketua Polis Negara sebelum ini yang melaporkan berdasarkan siasatan awal pihak polis bahawa pembelian kondominium One Menerung berharga RM13.8 juta tiada unsur pecah amanah jenayah .

“Kami mempersoalkan ketelusan pihak polis dalam siasatan berkaitan 4 perkara termasuk pembelian dua bidang tanah di Presint 10, Putrajaya
yang sehingga sekarang status siasatan masih lagi kabur dan tidak pantas.

“Berdasarkan keseluruhan laporan polis yang dibuat oleh JINGGA 13 sahaja sejumlah RM 18.8 juta wang rakyat telah diseleweng dan dipecah amanah bagi tujuan yang tidak ada kena mengena atau perkaitan dengan projek lembu fitlot,” kata Fariz.

Katanya lagi polis sepatutnya lebih telus, adil dan profesional terhadap siasatan yang dilakukan bukannya bertujuan untuk membersihkan nama keluarga Shahrizat Jalil yang terlibat dalam penyelewengan dana duit rakyat.

“Rakyat berhak mempersoalkan berkaitan skandal NFC ini kerana ia adalah melibatkan duit rakyat yang tidak digunakan dengan penuh tanggungjawab dan amanah,” katanya lagi.

keadilandaily

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s