UMNO/BN Gagal Tadbir Negara – Aliran Wang Haram RM150 Bilion Keluar Malaysia !

KUALA LUMPUR 15 Dis: Malaysia menyaksikan sejumlah besar RM150 bilion (AS$47 billion) wang haram keluar daripada negara ini pada 2009, menjadikannya antara yang tertinggi dalam masalah pelarian modal.

Jumlah ini sebagai tambahan kepada kerugian mengejutkan RM927 bilion (AS$291 billion) dalam tempoh sembilan tahun dari 2000 hingga 2008, menurut laporan terkini badan pemerhati kewangan Washington Global Financial Integrity (GFI).

Pada Januari, GFI dalam laporannya “Aliran Kewangan daripada Negara Membangun” meletakkan Malaysia di tangga kelima negara dengan pelarian modal yang besar, lapor Malaysiakini.

Bagaimanapun, dalam laporan terkini – dilengkapkan dengan jumlah pada 2009 – GFI berkata, Malaysia yang mengalami pengumpulan kerugian sebanyak RM1,077 bilion (AS$338 bilion) dalam tempoh sedekat, mengekalkan kedudukan di tangga kelima.

Kedudukan di empat tangga ke atas masih sama – China (kerugian AS$2,500 bilion) di tangga teratas, diikuti Mexico (AS$453 bilion), Rusia (AS$427 bilion) dan Arab Saudi (AS$366 bilion).

Laporan terkini GFI itu disediakan oleh ahli ekonomi Sarah Freitas dan Dev Kar, yang juga ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa.

keadilandaily

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s