Beg Mewah Rosmah Terbaru, Jenama Birkin Berharga RM636,100?

KUALA LUMPUR 14 Dis: Blog pro Pakatan Rakyat menyiarkan gambar terbaru Datin Seri Rosmah Mansor yang bergaya bersama beg tangan mewah jenama Birkin, didakwa milik terbaru beliau.

Beg tangan berwarna merah yang mencecah harga sehingga ratusan ribu ringgit itu dikesan menerusi satu gambar yang disiarkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris, The Star.

Milosuam.blogspot turut mendedahkan baru-baru ini Dallas-based Heritage Auctions, pelelong koleksi barangan terbesar di dunia, mengistiharkan lelongan sebuah beg tangan mewah wanita Hermes Diamond Birkin berwarna merah pada harga $203,150 (RM636,100).

Beg tangan mewah itu diperbuat daripada kulit buaya merah yang juga dilengkapi dengan hiasan strap putih, serta kunci-kunci yang bertatahkan berlian.

Menurut blog berkenaan, Jurucakap Heritage, Matthew Rubinger mengesahkan bahawa pemenang bidaan tersebut telah mengunjungi pemilik yang enggan namanya didedahkan kepada umum.

Rosmah sebelum ini yang menggemparkan negara dengan pembelian cincin berlian berharga RM24 juta, dikesan menggayakan sekurang-kurangnya 11 beg jenama mewah berkenaan di majlis-majlis yang dihadirinya.

Bagi beg edisi terhad itu, harga sebuah beg tangan dikatakan mencecah RM28,000 (US$ 9,000) hingga RM472,000 (US$150,000) bagi setiap satu.

keadilandaily

Share

5 thoughts on “Beg Mewah Rosmah Terbaru, Jenama Birkin Berharga RM636,100?

  1. bagi rakyat biasa mungkin duit itu adalah jumlah yang sangat besar, tp bagi keluarga najib yang menjadi diantara org melayu yang paling kaya di Malaysia, duit sebegitu besar cuma ‘habuk’ saja bagi mereka!

  2. wit y ada 2 leh dermakan at fkir miskin….. nie x pemimpin bergaya tpi rakyat??? membazir jew…t beg 2 buruk gak…x kemana pwn…. gne y biasa sje dh…

  3. 0okay je bagi i… beliau isteri PM.. so tak mjadi masalah pun… doctor macam kami mampu je beli… lebih dari tu lagi takde masalah.. bukan ckp besar.. tp mampu… tak perlu dijadikan isu yew… kalau anwar jdi pm pon AZIZAH n EZAH serupa jgk.. sbb tu MENGEMIS simpati nak jadi PM..jgn nk jadikan benda mcm ni sbgai isu! Kalau bapak u jdi PM..ofcoz u nak pakai ferari.. tak kan u nk pakai Kancil .. please la k.. benda yg kt pemimpin UMNO korang nampak.. bnda yg bini2 pembangkang korang x selidik plak!! Mcmana anwar bole dpt duit bjuta2 n taja segala bagai parti PKR. bole jelaskan x?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s