Bekas MB Perlis Rasuah, Abdul Hamid Pawanteh Menerima RM25.5 Juta Bagi Lulus Kontrek Janakuasa ?

Malaysia Insider melaporkan berdasarkan berita yang dipetik dari Straits Times Singapore bahawa pegawai-pegawai  SPRM minggu lepas telah mengeledah pejabat Teknoloji Tenaga Perlis Consortium (TTPC).

TTPC dikuasai sebahagiannya oleh bekas Yang Dipertua Dewan Negara yang juga adalah bekas MB Perlis,  Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh.

Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh, dikatakan telah menerima wang sebanyak 7.5 juta Swiss Franc (rm25.5 juta) dari syarikat gergasi dari Perancis, Altscom, bagi meluluskan kontrek pembinaan janakuasa di negeri Perlis tahun 90an.

Syarikat Altscom dikatakan sudah pun didenda sebanyak 31 juta swiss franc (rm130 juta) 2 minggu lalu oleh Peguam Negara Swiss kerana tidak mengawal kegiatan rasuah yang dilakukan oleh pegawai-pegawai syarikat berkenaan di Malaysia, Latvia dan Tunisia dimana ini adalah suatu kesalahan  dibawah undang-undang Swiss.

Tan Sri Dr Abdul Hamid Pawanteh adalah Menteri Besar Perlis dari tahun 1986 hingga 1995.

Malaysia Insider

Share

5 thoughts on “Bekas MB Perlis Rasuah, Abdul Hamid Pawanteh Menerima RM25.5 Juta Bagi Lulus Kontrek Janakuasa ?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s