Kroni UMNO Tambah Kaya – Tempoh Kutipan Tol Bagi Lebuhraya DUKE Dilanjut Selama 30 Tahun Lagi ?

MP Segambut, YB Lim Lip Eng, mendedahkan bahawa Kerajaan Umno/BN telah meluluskan penambahan 30 tahun lagi kutipan tol bagi pemegang  Konsesi Leburaya Duta-Ulu Klang (DUKE) .

YB Lim berkata, pemegang Konsesi Lebuhraya Duke sudah pun menikmati kutipan tol selama 34 tahun berdasarkan perjanjian asal dan kini dilanjut pula selama 30 tahun bagi mengutip toll dilaluan tersebut.

Kini, beliau ingin mendapatkan kepastian dari kerajaan tentang lanjutan kutipan tol tersebut, namun Menteri Kerjaraya, Datuk  Shaziman Abu Mansor, hanya membisu terhadap soalan YB Lim di parlimen berkaitan lanjutan kutipan tol di  Lebuhraya tersebut.

YB Lim menambah lagi, berdasarkan  maklumat  yang diterimanya,  penambahan tersebut diluluskan kerajaan melalui Unit Perncang Ekonomi (EPU).

Kalau kroni UMNO yang memegang konsesi lebuhraya tersebut terus dilanjutkan tempoh pengutipan toll bermakna rakyat sekali lagi dijadikan mangsa bagi Umno terus mengaut keuntungan yang berlipat ganda.

Sebelum ini negara dikejutkan dengan skandal Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Shahrizat Jalil dimana suaminya diberi pinjaman mudah oleh kerajaan BN sebanyak rm250 juta bagi projek penternakan lembu.

Laporan Ketua Audit Negara menyebut bahawa banyak penyelwengan dan salahlaku dilakukan suami shahrizat dimana sebahagian besar peruntukkan kerajaan tersebut digunakan bagi kepentingan peribadi.

Jadi, rakyat terpaksa berkorban demi kroni dan pemimpin Umno  hidup mewah!

sumber-freemalaysiatoday

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s