Kerajaan UMNO/BN Bayar RM11.3 Juta Kepada ‘Ejen’ Bagi Pembelian 6 Kapal SPGV TLDM !

PETALING JAYA: Bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim hari ini menuntut penjelasan mengenai keperluan kerajaan untuk mengupah perunding bagi pembelian kapal  pertahanan, terutamanya bagi pembelian enam kapal peronda SGPV baru-baru ini.

Zaid, Presiden Kita, berkata sebanyak RM11.3 juta telah dibayar kepada firma-firma perundingan ke atas pembelian kapal tersebut dalam urus niaga yang diselubungi penuh dengan rahsia dimana ia melibatkan wang pembayar cukai.

Dokumen-dokumen yang disediakan oleh Zaid menunjukkan Boustead Naval Shipyard, bekas kontraktor pertahanan kerajaan yang kini sudah diswastakan, telah membayar yuran kepada firma-firma Eropah bagi “penilaian teknikal”  melalui akaun di Singapura.

Bekas menteri itu percaya mengupah “ejen” untuk membeli peralatan ketenteraan bukanlah Teruskan membaca

Awang Adek Menerima RM80 Ribu Bagi lulus Kontrek Pengurusan Penyelenggaraan JB Sentral, CIQ ?

Blog ‘Whistleblower’ telah mendedahkan Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Awang Adik telah menerima wang sebanyak RM80,000 bagi meluluskan kontrek pengurusan penyelenggaraan bangunan CIQ dan bangunan Jb Sentral, di Johor Bahru. Teruskan membaca

Isu Skandal NFC – Keluarga Shahrizat Beli Condo RM10 Juta Di Singapura Guna Duit Rakyat ?

PETALING JAYA 20 Dis: KEADILAN hari ini tampil mendedahkan satu lagi pembelian kondominium mewah oleh keluarga Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Kondominium tersebut yang didakwa dibeli di Singapura, dianggarkan berharga RM9.9 juta dengan keluasan 2,282 kaki persegi.

Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution ketika mendedahkan dokumen pembelian berkenaan berkata, kediaman mewah beralamat di 7 Anthony Road, #14-24, Ochard Scotts itu dibeli pada 27 Januari 2010.

Katanya, carian rasmi menunjukkan ia didaftarkan atas nama Teruskan membaca

Kebebalan Menteri Umno – Zahid Mahu Beli 6 Buah Kapal LCS Harga RM9 Bil Pada Hal US Pun Hanya Miliki 2 !

KUALA LUMPUR, 19 Dis: Kerajaan dicadangkan menubuhkan Jawatankuasa Khas Parlimen bagi menilai pembelian kerajaan terutamanya untuk pertahanan negara agar ia tidak lagi dibincang secara umum.

(Salah sebuah kapal LCS milik Amerika sekarang…Amerika hanya ada dua, Malaysia mahu membeli enam buah kapal jenis ini)

Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua berkata, beliau tidak akan berhenti untuk mendedahkan kepincangan dalam pembelian kerajaan selagi ia berlaku walaupun dituduh ‘membahayakan keselamatan negara’.

“Jika begitu, kerajaan kena tubuhkan satu Teruskan membaca

Isu Skandal NFC – Tanah Putrajaya Yang Dibeli NFC RM3.3 Juta Tapi Nama Di Bawah Putrajaya Holding !

KUALA LUMPUR 19 Dis: NGO Jingga 13  mempersoalkan status tanah yang didakwa telah dibeli oleh National Feedlot Corporation (NFC) milik keluarga Datuk Seri Sharizat Jalil di Putrajaya, yang masih diletakkan atas nama Putrajaya Holding. Teruskan membaca

Kelemahan Pentadbiran UMNO/BN – Negara Hilang RM20 Bilion Setahun Akibat Ketirisan !

KUALA LUMPUR 16 DIS: Negara mengalami kerugian RM20 bilion setahun akibat pelbagai ketirisan,salah urus, pemborosan serta amalan kronisme yang berleluasa berlaku dalam kerajaan Umno-BN sebagaimana dilaporkan oleh Laporan Ketua Audit negara baru-baru ini.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kesan dari kerugian tersebut mengakibatkan negara menghadap defisit selama hampir 15 tahun secara berturut-turut.

Katanya, Program Tranformasi Ekonomi (ETP) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merupakan penjenamaan semula bagi menutup segala kerugian dan ketirisan yang telah berlaku sebelum ini.

“Kerajaan telah mengumumkan pada Ogos 2011 lalu RM173 bilion atau 77 peratus peruntukan ETP telah diberikan kepada syarikat-syarikat milik Kerajaan (GLC).

“GLC adalah syarikat-syarikat milik kroni dan bukannya dibuat secara Teruskan membaca

UMNO/BN Gagal Tadbir Negara – Aliran Wang Haram RM150 Bilion Keluar Malaysia !

KUALA LUMPUR 15 Dis: Malaysia menyaksikan sejumlah besar RM150 bilion (AS$47 billion) wang haram keluar daripada negara ini pada 2009, menjadikannya antara yang tertinggi dalam masalah pelarian modal.

Jumlah ini sebagai tambahan kepada kerugian mengejutkan RM927 bilion (AS$291 billion) dalam tempoh sembilan tahun dari 2000 hingga 2008, menurut laporan terkini badan pemerhati kewangan Washington Global Financial Integrity (GFI).

Pada Januari, GFI dalam laporannya “Aliran Kewangan daripada Negara Membangun” meletakkan Malaysia di tangga Teruskan membaca