Isu NFC – Keluarga Shahrizat Beli Kereta Mewah RM1/2 Juta, Tanah Putrajaya RM3 Juta, Melancung RM1/2 Juta Guna Duit Rakyat !

KUALA LUMPUR 30 Nov : KEADILAN mendedahkan penyelewengan terbaru membabitkan keluarga Menteri Pembangunan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Kali ini, parti itu membongkar pembelian kereta mewah jenis Mercedes Benz berharga RM534,622 yang dibeli oleh keluarga Shahrizat pada 2009.

Wang berkenaan diperoleh daripada RM5 juta dana awam yang diberi kepada Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC),  milik suami dan anak Ketua Wanita Umno itu.

Dakwanya, bayaran untuk membeli kenderaan terbabit dibuat National Meat Lives Corporation (NMLC) yang turut dimiliki keluarga Shahrizat.

“Pada 9 Disember 2009, hampir dua tahun yang lepas, keluarga Shahrizat menggunakan wang NFC itu untuk membeli sebuah kereta Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622,” kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

“Kos penyelenggaraannya tiap-tiap bulan adalah lebih kurang RM20 ribu, itumaintainance dia saja. Itu kereta mewah yang digunakan keluarganya,” katanya.

Menurutnya lagi,  dana sebanyak RM3,363,507 turut disalurkan NMLC untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya pada satu tarikh pada tahun 2009.

KEADILAN turut mendedahkan terdapat 15 cek  berjumlah RM455,423 untuk tujuan melancong ke luar negara seperti ke Bandung, Indonesia dan Phuket, Thailand.

Cek berkenaan dikeluarkan antara bulan Januari hingga Julai 2010 kepada Impian Global Networks Services (IGNS) yang menawarkan pakej percutian.

“Kalau pegi semak akaun ini, tiap-tiap bulan ada pembayaran yang dibuat kepada ‘Impian Global Network Services’ (IGNS).

“Bila kita siasat, IGNS ini ialah syarikat yang tawarkan pakej percutian, ke Bandung, Kuching, Phuket,” kata Rafizi.

Selain itu, Rafizi turut mendedahkan pembayaran lebih setengah juta ringgit kepada syarikat Meatworks (singapore) Private Limited, milikan suami Shahrizat yang membekalkan daging kepada restoran di negara jiran.

Pendedahan terbaru itu muncul selepas Shahrizat bermatian mempertahankan dirinya daripada dikaitkan dengan skandal berkenaan, pada Perhimpunan Agung Umno hari ini.

“Kalau dia singsing lengan, angkat kain.. kita akan dedah lagi lepas ni,” kata Rafizi.

Dalam pada itu, beliau juga menuntut penjelasan  Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddinyang mempertahankan Shahrizat dengan menyatakan NFC tidak mungkin membuat perdagangan di Singapura.

“Saudara Khairy (Jamaluddin) kata kita temberang sebab kata tak boleh eksport ke Singapura. (Tapi) kenapa pada 21 Julai 2010, NFC memindahkan sejumlah RM588, 585 secara terus ke akaun milik Meatworks (Singapore) Pte Ltd ?

-keadilanrakyat

Share

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s