Syarikat Satim Diman Beli Tanah Kerajaan Harga RM6.5 Juta, Kemudian Jual Pada PKNS Harga RM19.2 Juta – Untung RM12.5 Juta !

PETALING JAYA: Pemuda PAS Puchong membuat laporan polis di balai polis Bukit Puchong ke atas Adun Seri Serdang Datuk  Satim

Diman berhubung isu penyelewengan penjualan tanah anugerah kerajaan negeri Selangor di Science Park 2, Cyberjaya pada tahun 2006.

Ketua Pemudanya,  Mohd Rosharizan B Mohd Roslan yang membuat laporan tersebut.

Beliau berkata, sebagai pemimpin dan juga wakil rakyat, Mohd Satim seharusnya menjaga harta, tanah atau apa sahaja aset kerajaan dengan baik, bukannya mengambil kesempatan begini untuk kepentingan peribadi.

Dalam sidang DUN baru-baru ini, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan bahawa  ketua Umno Serdang itu adalah ahli Lembaga Pengarah dan juga pemegang saham terbesar di dalam syarikat Nikmat Inai Sdn Bhd.

Syarikat sendiri

Bagaimanapun, beliau telah menjual tanah tersebut kepada syarikat sendiri pada harga RM 1.80 sekaki persegi atau RM 6.5 juta.

Kemudian syarikatnya menjual semula kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada harga RM 5.30 sekaki persegi atau RM 19.2 juta.

Mohd Rosharizan mendesak supaya pihak polis menyiasat kes ini, dan sekiranya sabit kesalahan dan terbukti wujud penyelewangan dan salah guna kuasa, bawa beliau ke muka pengadilan dan beliau mesti didakwa.

“Kami juga mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka  fail siasatan segera, dan heret beliau ke mahkamah sekiranya dakwaan  benar.”

“ Kami juga meminta supaya Satim Diman tampil mempertahankan diri dengan membawa bukti yang jelas,” katanya.

freemalaysiatoday

Share

One thought on “Syarikat Satim Diman Beli Tanah Kerajaan Harga RM6.5 Juta, Kemudian Jual Pada PKNS Harga RM19.2 Juta – Untung RM12.5 Juta !

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s