Syarikat Satim Diman Beli Tanah Kerajaan Harga RM6.5 Juta, Kemudian Jual Pada PKNS Harga RM19.2 Juta – Untung RM12.5 Juta !

PETALING JAYA: Pemuda PAS Puchong membuat laporan polis di balai polis Bukit Puchong ke atas Adun Seri Serdang Datuk  Satim

Diman berhubung isu penyelewengan penjualan tanah anugerah kerajaan negeri Selangor di Science Park 2, Cyberjaya pada tahun 2006.

Ketua Pemudanya,  Mohd Rosharizan B Mohd Roslan yang membuat laporan tersebut.

Beliau berkata, sebagai pemimpin dan juga wakil rakyat, Mohd Satim seharusnya menjaga harta, tanah atau apa sahaja aset kerajaan dengan baik, bukannya mengambil kesempatan begini untuk kepentingan peribadi.

Dalam sidang DUN baru-baru ini, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan bahawa  ketua Umno Serdang itu adalah ahli Lembaga Pengarah dan juga pemegang saham terbesar di dalam syarikat Nikmat Inai Sdn Bhd. Teruskan membaca

Skandal NFC Keluarga Shahrizat – RM32,000 Duit Rakyat Diguna Biaya Umrah Suami, Anak Shahrizat ?

KUALA LUMPUR 21 Nov : KEADILAN membongkar pendedahan lebih mengejutkan berhubung skandal National Feedlot Corporation (NFC) apabila syarikat itu membiayai pakej umrah bernilai RM31,580 atas nama Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh.

Pembiayaan umrah melibatkan suami dan anak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil itu didedahkan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution di parlimen hari ini.

“(Sebelum ini) kita dah dedahkan tentang pembelian kondo mewah, lawatan keluar Negara, dan dana subsidi yang dimilik Shahrizat Jalil dan kali ini berkenaan dengan bayaran pakej umrah Salleh dan anaknya pun sekali,” kata Saifuddin dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.

“Sampai bila nak dihentikan, lepas ni nak belanja apa pula?” soal Ahli Parlimen Machang itu.

Turut hadir dalam sidang media berkenaan ialah Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin yang turut membongkar pelbagai penyelewengan NFC sebelum ini.

Menurut Saifuddin, KEADILAN mempunyai bukti jelas bagaimana arahan Teruskan membaca