UMNO PENIPU – Diantara Pengunaan Dakwat Kekal Dan Warga Asing Yang Didaftar Sebagai Pengundi

Pengerusi PSC, Datuk Seri Maximus Ongkili telah memberitahu bahawa Peguam Negara telah memberikan ‘lampu hijau’ kepada Jawatankuasa Pilhan Khas Parlimen (PSC) mengunakan dakwat kekal dalam PRU yang akan datang.

Walaupun sebelum ini Peguam Negara, Datuk Gani Patail telah berdolak dalih dalam isu pengunaan dakwat kekal namun akhirnya beliau menyetujui bahawa pengunaan dakwat kekal tidak perlu pindaan perlembagaan tetapi hanya pindaan dalam peraturan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sahaja.

Jika penggunaan dakwat kekal diguna pakai oleh SPR dalam PRU yang akan datang, tentunya setiap pengundi tidak bolih mengundi lebih dari sekali.  Ini mungkin dapat menyelesaikan isu pengundian berganda.

Tapi dakwat kekal mustahil bolih mengekang pengundi yang terdiri dari warga asing yang telah diberikan taraf warganegara dan sudah didaftar sebagai pengundi daripada membuang undi!

Sebelum ini negara digemparkan tentang ratusan ribu warga asing didaftarkan sebagai pengundi setelah mereka diberi kerakyatan oleh Umno.

Baru-baru ini, blog tulang besi telah mendedahkan lebih 200,000 warga asing dari Indonesia diberi kerakyatan serta didaftar sebagai pengundi di Selangor.

Bagaimanakah PSC dapat menyelesaikan kemelut ini?  Kita percaya PSC serta SPR tidak dapat dan tidak akan menyelesaikan isu ini kerana inilah strateji penipuan Umno/BN bagi PRU kali ini!

Ini bermakna Umno/BN tidak akan mengunakan taktik penipuan mereka melalui pengundi hantu tetapi melalui pengundi warga asing!

Dengan adanya  strateji baru ini mereka tidak perlukan pengundi hantu lagi dan Umno yakin dakwat kekal tidak bolih menghalang pengundi warga asing yang sudah didaftar sebagai pengundi dari mengundi Umno/BN!

Sebelum ini Umno menentang habis-habisan penggunaan dakwat kekal yang dituntut oleh Bersih 2.0 kerana Umno menggunakan pengundi hantu yang mengundi lebih dari sekali dan dakwat kekal akan menghalang penipuan mereka.

Apabila Umno melakukan suatu perkara yang pada zahirnya nampak baik, telus dan adil (seperti membenarkan pengunaan dakwat kekal) semestinya ada sesuatu yang tidak kena kerana Umno dari dulu, kini dan selamanya adalah PENIPU!

Mereka tahu sekiranya mereka benar-benar telus menjalankan pilihanraya umum dinegara ini, mereka sudah pun lama bermastautin di Muzium Negara!  Umno hanya tinggal dalam sejarah saja.

Dengan adanya pengunaan dakwat kekal dan apabila PRU ke13 nanti berakhir dimana Umno/BN mencapai kemenangan besar melalui pengundi warga asing, mereka akan katakan PRU ke13 adalah adil dan telus kerana pengunaan dakwat kekal!

Jadi, bilakah Rakyat Malaysia dapat dibebaskan dari belenggu PENIPUAN Umno/BN yang gila kuasa? Hanya Allah SWT sahaja yang mengetahui!

saronglama

Share

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s